Betul-betul satu penyakit yang kronik sudah ni, penyakit hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan. Bayangkan penyakit ini boleh dirasa oleh ahli yang berada di peringkat akar umbi.
Dari Sepanggar ke Sandakan ke Kota Belud balik ke Sandakan dan kini di Tuaran. Dimana ahli Warisan berpusu-pusu keluar parti dan sudah tentu akan menyokong kepimpinan PPBM atau Bersatu Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor, Pengerusi Bersatu Sabah.
Sebentar tadi seorang Exco dari parti UPKO yang menjadi jentera dalam parti komponen kerajaan Warisan tegar meninggalkan partinya dan nekad untuk menyokong kepimpinan Bersatu.
Seramai 46 ahli Parti Warisan telah mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut dan menyatakan sokongan kepada BERSATU Sabah dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Pimpinan Bersatu Sabah / Ketua Bahagian Bersatu P170 Tuaran.
Ketua Cawangan Seri Bendung ( PDM Bolong Baru, Tuaran ) En Adenih b Setuh menyatakan keputusan untuk keluar dari Parti Warisan kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada perjuangan serta hala tuju parti tersebut untuk membela nasib rakyat.
En Adenih menyerahkan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada En Mohd Daud Hj Sidek, Ketua PDM Tambalang. Turut hadir, En Jasnin Abidin ( Timbalan Ketua PDM ), En Omarsidi Pedas Sallam ( Pengerusi Tetap ) Dan En Bobok Diakah ( Setiausaha ).
29062020
Bgus. Skrang bru orang sabah percaya yg perjuangan star selama ini ada baiknya
LikeLike
[…] Ketua Cawangan Tuaran Keluar Parti […]
LikeLike
[…] https://jalinluin.com/2020/07/01/ketua-cawangan-warisan-tuaran-tegar-keluar-parti/ […]
LikeLiked by 1 person
Baa.. ayo la keluar parti beramai-ramai, tiada guna ni parti janji kosong ni, habuk pun tarak, cuba tanya sapi mana duit rm 300 yg dia cakap hari itu……ka..ka…ka…kah mulau..
LikeLiked by 1 person