Exco Dan AJK Cawangan Meninggalkan UPKO

Nampak gayanya UPKO ni terkena jangkitan Warisan. Penyakit ahli hilang kepercayaan pada kepimpinan tertinggi.

Seorang demi seorang pemimpin dan ahli parti UPKO meninggalkan parti mereka.Sebelum ini dua wakil rakyat daripada UPKO meninggalkan parti mereka ialah wakil rakyat Kuala Penyu, Limus Jury dan wakil rakyat daripada Sugut, James Ratib.

Hari ini seorang Exco Muda UPKO, Alex Walzico mengistiharkan dirinya keluar parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang seperti AMT UPKO Nasional, Ketua Pergerakan Exco Generasi Muda Nasional, Ketua Pergerakan Exco Generasi Muda Pensiangan dan Ketua Cawangan UPKO Kampung Ranau-Ranau Nabawan.

Bersama beliau yang turut meninggalkan UPKO ialah AJK Cawangan Kampung Ranau Ranau Nabawan.Tindakan keluar parti dibuat atas kehendak diri mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan faktor menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM yang dilihat berwibawa dan mampu membawa negara ini maju ke hadapan.

Baru-baru ini UPKO menjalani penjenamaan semula agar dapat diterima oleh masyarakat tetapi nampaknya usaha itu belum cukup untuk mengekang pemimpin dan parti ahlinya meninggalkan parti.

Hanya ada satu jalan untuk UPKO dalam usaha menarik balik kepercayaan pengundi iaitu bekerjasama dengan komponen asal atau paling positif berkerjasama dengan PPBM Sabah. Nah kalau tidak jauh tu cahaya dihujung terowong.

Bersatu Sabah is good bro

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.