Armada Sabah Lapor Polis Penyokong Warisan Langgar PKP

Pada hari ini 10 Jun 2020. Atas dasar menghormati peraturan dan demi keselamatan orang ramai. Ketua Armada Negeri Sabah telah membuat laporan Polis terhadap pemimpin dan penyokong Parti Warisan yang hadir di perhimpunan berkenaan.

Jangan ada yang merasakan diri mereka terlalu “besar” hingga tidak lagi menghormati peraturan yang telah digariskan oleh pemerintah. Apa lagi dari konteks PKP dimana peraturan ini telah menuntut pengorbanan yang cukup besar dari masyarakat dan barisan hadapan. Lalu wajarkah pengorbanan mereka dipandang remeh oleh penyokong parti politik seperti ini? Mana boleh!

Dibawah adalah detail laporan polis yang telah dibuat oleh ketua Armada negeri Sabah.


1. Saya, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit selaku Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Negeri Sabah mewakili Armada Bersatu Sabah, pada hari ini (10 Jun 2020) telah membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu. Laporan polis adalah seperti berikut:

2. Pada 9hb Jun 2020, kira-kira jam 12.00 tengah hari, Armada Bersatu Sabah telah dimaklumkan berhubung penyebaran gambar-gambar dan rakaman video dalam media sosial FB/whatsapp termasuk di Warisan Online dan protal berita BorneoToday mengenai sekumpulan pemimpin, ahli dan penyokong sebuah parti politik iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) dan juga pertubuhan KDM Malaysia telah berkumpul beramai-ramai di perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS, Kota Kinabalu.

3. Mereka berkumpul beramai-ramai pada pagi, 9 Jun 2020 kerana menyambut dan mengiringi seorang Menteri Kerajaan Negeri Sabah, YB. Datuk Peter Anthony yang dilaporkan telah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di aras 3 bangunan itu.

4. Dalam gambar-gambar dan video itu jelas kelihatan YB. Datuk Peter Anthony telah disambut dengan meriah oleh lebih seratus orang, dan beliau juga bersalam-salaman dan berpeluk-peluk dengan beberapa Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan) dan pemimpin-pemimpin parti itu dan KDM yang lain.

5. Dalam gambar dan video itu juga jelas kelihatan mereka tidak mengamalkan
“social distencing” (penjarakan sosial) yang sepatutnya , dan ini adalah bercanggah, bertentangan dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan berikutan Pandemik COVID-19.

6. Justeru, Armada Bersatu Sabah membuat laporan polis ini agar pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang didapati telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang orang ramai berkumpul beramai-ramai, bersalam dan berpeluk dalam acara sosial atau sesuatu perhimpunan.

7. Kita sedia maklum, perbuatan sedemikian adalah tidak dibenarkan semasa PKP. Sedangkan di Semenanjung Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan seorang Exco Kerajaan Perak juga telah dikenakan tindakan termasuk denda kerana tidak patuh kepada PKP.

8. Menerusi gambar-gambar dan video dari media sosial yang disertakan ini, Armada Bersatu Sabah berharap agar pihak Polis Di-Raja Malaysia (PRDM) boleh “trace”, mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap peserta perarakan yang menyambut dan mengiringi YB.Datuk Peter Anthony ke pejabat SPRM, berdasarkan undang-undang yang ada.

9. Armada Bersatu Sabah berpendapat, sekiranya tiada tindakan diambil termasuk saman terhadap mereka yang melanggar PKP ini, kita bimbang orang awam khususnya rakyat akan beranggapan bahawa pihak polis dan pasukan keselamatan lain sebagai “tidak adil” dan “pilih bulu” serta hanya berani mengambil tindakan terhadap rakyat biasa, sementara pemimpin politik dibiarkan dan mereka boleh melanggar PKP sesuka hati.

10. Armada Bersatu Sabah juga bimbang, orang awam (public) akan menjadikan ianya sebagai “kes contoh” kelemahan pihak berkuasa keselamatan dalam melaksanakan tugas dan amanah dibawah PKP sehingga mendorong mereka turut bertindak dan berbuat demikian (melanggar PKP-SOP penjarakan sosial)

11. Armada Bersatu memandang serius perkara ini. Insiden YB Datuk Peter Anthony bersama pemimpin dan penyokong Warisan serta KDM di perkarangan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS tidak patut berlaku sekiranya mereka faham, akur dan patuh kepada SOP PKP dengan mengadakan penjarakan sosial dan tidak mengadakan perhimpunan tersebut.

12. Undang-Undang tetap undang-undang. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang sekiranya mereka sengaja melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh pihak keselamatan negara ini. Pihak polis tidak patut berkompromi dalam aspek ini.

-Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.