Peter Jangan Hasut Rakyat Untuk Meragui Reputasi SPRM

Siasatan yang dijalani oleh Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony pagi/kelmarin adalah berkaitan projek jalan raya di Sabah. Katanya.

Entah betul ke tidak hanya perkara itu yang disoal siasat. Sebab sebelum ini mereka sudah pun disiasat oleh SPRM berkaitan skandal KKLW tapi entah kenapa keluar kenyataan akhbar, bahawa mereka tidak bersalah ataupun dibebaskan. Sedangkan belum pun sempat dibicarakan di Mahkamah.

Dia kata lagi siasatan pagi tadi/kelmarin adalah normal dan bermotifkan politik.

Dakwaan disiasat oleh SPRM adalah hal yang normal, ini kita boleh terima. Apa lagi sebelum ini dia sendiri pernah disiasat, siap
memakai baju oren dan memeluk kitab bible lagi.

Tetapi dakwaan bahawa siasatan pagi tadi bermotifkan politik kerana kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak lagi sehaluan, dakwaan ini terlalu berat. Dakwaan yang membayangkan seolah-olah SPRM adalah sebuah agensi yang mudah diperkotak-katikkan.

Maksudnya sebagai ahli masyarakat yang berstatus wakil rakyat atau Menteri Warisan janganlah begitu mudah membuat tuduhan atau kenyataan yang tidak berasas seperti itu apa lagi ia dibuat secara terbuka. Selain akan menjejaskan kredibiliti SPRM iya juga seolah-olah mengajak masyarakat untuk kurang ajar ataupun meragui kerja yang dijalankan oleh warga SPRM sekaligus tidak menghormati perlembagaan atau undang-undang.

Tanpa agensi penguatkuasa seperti SPRM, Mahkamah dan sebagainya lalu pada siapa lagi rakyat boleh bergantung berharap memandangkan wakil rakyat sendiri tidak lagi mempercayai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan polisi dan menegakkan keadilan tanpa mengira status seseorang.

Walhal kalau kita baca kenyataannya yang ada di Portal Borneo Today, bukan main demokrasi lagi. Si Peter kata tiada apa yang perlu disembunyikan memandangkan projek kerajaan yang di siasat itu mengikut saluran yang betul.

Dia juga bersedia untuk disiasat bila-bila masa. Ya kah?

Justeru itu kalau kau dipihak yang benar, nah kau pertahankan saja berdasarkan maklumat dan data yang kau ada. Jangan lagi menghasut dan menyalahkan mana-mana agensi kerajaan.

Beberapa pemimpin PN juga disiasat oleh SPRM malah dibicarakan di Mahkamah tapi tidak juga mereka menghasut rakyat, menggambarkan SPRM dan Mahkamah sebagai alat kerajaan untuk membunuh karya politik seseorang.

Begitu juga dengan perangai kebudakan setengah penyokong dan pemimpin Warisan. Sikit-sikit laporan polis, sikit-sikit saman tapi last-last disiasat oleh SPRM. Apa barang!.

Pun begitu laporan Polis boleh dibuat bila tuduhan yang dilemparkan benar-benar menyentuh peribadi lagi tidak ada kaitannya dengan pergolakan isu politik.

Sedangkan semasa mereka berkempen di pilihanraya yang lepas bermacam tuduhan dalam ucapan mereka yang tidak ada kebenarannya tapi tiada seorang pun jentera dan pemimpin kerajaan pada masa itu yang membuat laporan Polis.

Jangan lupa kifarah itu hanya menunggu saat dan ketikanya.

One Comment

  1. Minta SPRM dan PDRM siasat semua wakil rakyat warisan dari bilis hingga ke jerung nya sekali mesti ada salah guna kuasa dalam kerajaan warisan ini

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.