Hari Ini Peter Anthony Menjalani Pertuduhan Di Mahkamah Sesyen

Hari ini Menteri Infrastruktur Sabah Peter Anthony akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kerana disyaki telah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan kuasa melibatkan wang rakyat.

Kalau kita baca berita berkaitan di portal Borneo Today, pendakwaan dibuat atas kes jual beli tanah RISDA di Tongod, Tenom iaitu di era Shafie selaku Menteri KKLW.

Ia berbezan dengan apa yang dilaporkan oleh portal berita tertentu yang lain. Pertuduhan yang dikenakan bukan hanya berkaitan dengan tanah RISDA tapi melibatkan kes baru, sepertimana soal siasat yang dijalani oleh Peter pada hari kelmarin berkaitan kontrak jalan yang dianugerahkan secara terus kepada lima kontraktor bernilai 1.5 billion.

Kelmarin petang admin ada menerima rakaman suara Peter Anthony berhubung perkara di atas dan kalau kita dengar dan amati rakaman itu. Ada beberapa hal yang dia tekankan dan cuba memanipulasi isu.

Bila wartawan bertanya, berapa pertuduhan yang dia hadapi. Dia cakap satu saja tapi apapun pertuduhan boleh bertambah mengikut kehendak SPRM ataupun pemerintah, seolah-olah dirinya dianiya. Nampak benar dia cuba menokok-tambah dan mengelirukan masyarakat.

Hakikatnya bukan hanya melibatkan kes-kes lama tapi juga kes terbaru. Bagi mendapatkan kepastian kita tunggu berita selepas pertuduhan dibacakan.

Tidak adanya Peter! bekas Perdana Menteri Malaysia pun berhadapan dengan pertuduhan di Mahkamah. Inikan setakat Menteri di peringkat negeri. Jadi tidak usahlah berlagak seperti seorang hero yang telah berjaya memerdekakan sebuah negara. Sebaliknya hadapi saja semua pertuduhan kalau kau di pihak yang benar maka kau akan terlepas atau dibebaskan melalui proses undang-undang atau penghakiman.

Dalam rakaman itu juga jelas kedengaran dia cuba mengheret masyarakat dengan meniup sentimen bangsa dan kenegerian ke dalam krisis yang dia hadapi. Mana logiknya, lainlah kalau masyarakat dan bangsa bangsa itu kau libatkan dalam awal aktiviti penyelewengan hingga kamu kantoi tertuduh, barulah wajar untuk terlibat dan dilibatkan.

Ini tidak masyarakat Sabah yang dia cuba heret sehingga hari ini hidup segan mati tak mahu demi meneruskan kehidupan. Walhal sudah bermati-matian menyokong hingga parti Warisan berjaya membentuk kerajaan negeri walaupun separuh daripadanya melalui persekongkolan wakil rakyat daripada BN.

Dalam rakaman itu si Peter sanggup mengorbankan nyawanya demi orang orang Sabah. Untuk apa orang Sabah memerlukan nyawanya? Kezaliman apa yang sedang dihadapi oleh masyarakat Sabah? Tolonglah Peter jangan kau libatkan orang Sabah dan bangsa-bangsa tertentu dalam skandal yang kau hadapi, bacul namanya tu. 22 bulan kau menjadi Menteri Pembangunan Sabah, sudah berapa ratus ribu rumah orang-orang kampung yang kamu telah bina begitu juga bangunan prasarana sudah berapa puluh yang berdiri megah? sudah berapa ribu peluang pekerjaan yang kamu sediakan hingga berjaya mengubah kehidupan mereka?

Orang luar mana yang telah berjaya kau/Warisan kaya mewahkan? pastinya tidak ada melainkan kroni-kroni itu juga kan. Jadi sekali lagi mengheret masyarakat dan bangsa dalam skandal penyelewengan seperti ini adalah perbuatan yang bacul dan tidak bertanggungjawab.

Benarlah Warisan ni diawal kemunculan mereka, bangsa yang menjadi alat utama selain janji bulan dan bintang-bintang tapi sehingga hari ini bangsa bangsa itu bukan hanya tidak terbela tapi menjadi mangsa keadaan janji pula masih bertaburan.

Dalam rakaman itu Peter Anthony mengakui bahawa bukan hanya dia yang akan dibicarakan tetapi ada lagi dikalangan wakil rakyat atau pemimpin pemimpin parti Warisan.

Sebagai masyarakat kita tunggu sajalah buat macam mana, sendiri buat sendiri tanggunglah. Jangan memandai-mandai membuat spekulasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.