Hayati PN Ketepikan MN

Aktivis politik Melaka dari Alor Gajah, Kota Melaka dan Masjid Tanah kunjung hormat kpd Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan di Peringgit Point baru2 ini.

Mereka menyatakan harapan agar gagasan PN yg dipimpin PM Yab TsMY akan menjadi bertambah kuat melalui masa. Prestasi krjn setakat ini memberangsangkan terutamanya dlm hal mengendalikan wabak covit dan usaha pemulihan ekonomi negara…

Yg tak jelas adalah pendirian Umno yg menolak gagasan PN tapi ingin setakat menyokong PM secara peribadi saja. Rakyat bingong samada taktik ini hanya utk mendapatkan segala habuan yg kini telah pun diperolehi dan dinekmati Umno sepuasnya!

Alasan bahawa Umno telah terikat dgn Muafakat Nasional adalah tidak logik disebabkan muafakat tersebut hanyalah sebuah deklarasi hasrat saja utk bekerjasama pd masa akan datang…

Tapi sebaliknya penyertaan Umno dlm PN masakini adalah lebih realistik, lebih lojik dan lebih praktikal disebabkan Umno telah berpeluang melayakkan dirinya utk berkecimpong di dlm koridor kuasa di peringakat negara dan negeri2!

Ini semua atas ehsan Pengerusi PN yg juga seorang PM!!
Umno sepatutnya berterimakasih dan bersyukur ke hadrat Allah swt atas posisi baru mereka ini dan tanpa ragu sepatutnya mendukung bukan setakat PM secara peribadi saja tetapi juga atas keikhlasan dan pengorbanan yg dibuat PM utk akomodasi Umno dlm koridor kuasa ketika masih byk pihak lagi yg mengecam dan memperlekehkan Umno di merata tempat!
Pengorbanan dan keikhlasan PM saperti ini tidak boleh dipandang enteng dan disia2kan oleh Umno tanpa punyai rasa hormat kpd org yg berjasa kpdnya !.

Sebaliknya jika Umno sebuah parti yg memiliki rasa tanggungjawab moral yg tinggi serta ingin kembali menjadi sebuah parti yg diterima rakyat sepenuhnya, Umno mestilah memilih PN dan bukannya MN sebagai landasan dan jambatan utk mencapai hasrat yg murni ini.

Umno dan Pas sepatutnya telah boleh membuat keputusan secara waras dan rasional mengenepikan MN dan pada masa yg sama segera menyertai PN sebagai salah satu komponen kanan yg penuh komited terhadap Piagam PN demi masa depan Rakyat, Negara dan Agama !!!

Sumber Facebook Tan Sri Rahim Thamby Chik


Suka admin mengutip pendapat seorang kawan berhubung perkara ini.

Bahawa tanpa kesungguhan Tan Sri Muhyiddin Yassin aka PPBM menjaga kepentingan orang Melayu dan dalam masa menolak kerakusan DAP semasa sama sama dalam kerajaan. Nescaya amat sulit bagi pemimpin-pemimpin Melayu untuk membangkitkan diri mereka dan UMNO itu sendiri dari kedudukan sebagai pembangkang.

Sudahlah sejak kerajaan PH memerintah ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Jadi tanpa peluang yang diberikan oleh PM Tan Sri Muhyiddin terhadap kepimpinan UMNO yang lain maka parti ini akan dilihat sebagai parti perasuah secara keseluruhannya oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu janganlah lupa diri atau seperti kacang yang melupakan kulit. Nanti rakyat muak baru padan muka kamu orang.

Ini adalah peluang keemasan, lihatlah dari konteks ketuhanan. UMNO tumbang semasa berkuasa atau semasa dalam kerajaan justeru bolehkah UMNO bangkit tanpa kuasa?

Hakikatnya PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi talian hayat UMNO, jangan nafikan. So hayati Perikatan Nasional dan ketepikan Muafakat Nasional. Bentuk kerjasama dalam erti kata yang sebenarnya di antara PPBM, UMNO dan PAS serta lain-lain.

3 Comments

  1. Kalau tak faham politik, dan tidak cuba memahami muafakat umno pas dan gps, lebih baik tidak buat ulasan dan kesimpulan, lni buleh mengakibatkan kecelaruan ikatan dan pakatan yang baru terjalin…

    Like

    Reply

  2. Kalau tak faham politik, dan tidak cuba memahami muafakat umno pas dan gps, lebih baik tidak buat ulasan dan kesimpulan, lni buleh mengakibatkan kecelaruan ikatan dan pakatan yang baru terjalin…

    Like

    Reply

  3. Apapun MN mesti diutamakan tanpa mengenepikan semangat PN. Kolaborasi begini baik utk rakyat malaysia yg cintakan keamanan , kestabilan politik,keharmonian kaum, kesejahteraan ekonomi. Perpaduan kaum dlm BN jgn diketepikan. Dlm situasi politik hari ini, yg penting…KURANGKAN KESILAPAN, KUATKAN KETAQWAAN, UTAMAKAN PERSAUDARAN dan PERPADUAN KAUM. Musuh yg cuba rosakkan perpaduan ini mesti ditentang habis-habisan. KEPENTINGAN PERIBADI PEMAIN2 POLITIK LETAKLAH KETEPI.

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.