Musa Aman Bebas 46 Pertuduhan Rasuah Dan Gubal Wang Haram

Ini betul-betul breaking news dan mengujakan. Benar kata bijakpandai bahawa kebenaran tetap akan tertegak walau apa pun yang cuba dilakukan oleh musuh.

Seperti yang dilaporkan oleh orang perseorangan dan selepas itu disusuli berita dari portal FMT berkaitan perkembangan ini.

Bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah dibebaskan daripada 46 tuduhan membabitkan rasuah dan penggubalan wang haram.

Untuk nota yang mengheret Tan Sri Musa Aman ke Mahkamah atas tuduhan semua itu adalah orang perseorangan iaitu pihak yang tidak ada kaitannya dengan wang rakyat atau kerajaan. Seperti tuduhan yang dihadapi oleh mantan menteri KKLW dan orang-orangnya.

Bahawa pagi ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin telah membenarkan permohonan peguam bela tertuduh untuk membatalkan kesemua 46 pertuduhan yang dihadapi.

Peguambela Tan Sri Musa Aman, Francis Ng ketika dihubungi oleh portal berita mengesahkan berita berkenaan bahawa anak guamnya telah dibebaskan sepenuhnya.

Sebelum itu pada Oktober 2019 hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence juga telah melepaskan atau membebaskan 5 pertuduhan yang dihadapi oleh Tan Sri Musa Aman selepas hakim mendapati alasan yang dikemukakan oleh Timbalan pendakwa Umar Saifuddin tidak menyakinkan.

Dibawah adalah kenyataan resmi Tan Sri Musa Aman berhubung penghakiman yang beliau menangi.

Alhamdulillah yang benar akan tertegak juga akhirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.