Warisan Sarat Najis Tapi Cakap Bukan Main

Entah kenapa sejak kebelakangan ini sering admin terbaca kenyataan sampah daripada pemimpin muda Warisan.

Kenyataan pemuda Warisan berkenaan berkisar soal dakwaan UMNO sebelum itu yang berpersepsi akan mengambil tampuk kerajaan negeri daripada Parti Warisan.

Maka pemuda UMNO Sabah dan pemimpin muda Warisan pun saling berbalas kenyataan iaitu saling memperleceh kemampuan mereka.

Terakhir kenyataan dari Timbalan Ketua Parti Warisan Bahagian Beaufort. Dia mengingatkan UMNO Sabah agar jangan terlalu bermimpi atau tidur di siang hari susulan dakwaan mereka yang akan mengambil tampuk kerajaan negeri daripada Parti Warisan.

Memang betul pun memandangkan hingga saat ini UMNO Sabah masih belum ada kekuatan yang sepatutnya ada di semua peringkat masyarakat biasa dan masyarakat politik. Apa lagi Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar masih dibicarakan di Mahkamah kerana tuduhan salah guna kuasa. Harap harap Bung mendapat kemenangan atau dapat membersihkan namanya, nah kalau tidak susah tu.

Lainlah kalau dakwaan mengambil tampuk kerajaan negeri itu datang dari parti yang ada kekuatan dan bersih seperti PPBM Sabah. Apa lagi pemimpin nombor satu Malaysia iaitu Perdana Menteri ke lapan datang daripada parti ini.

Rakyat berkeyakinan dan mengakui yang Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memakmurkan kehidupan mereka tanpa mengira jenis bangsa dan agama. Hakikat ini juga diakui oleh masyarakat Sabah yang menyokong Warisan pada pilihan raya lepas dalam masa yang sama berhasrat akan menolak Parti Warisan di PRU yang akan datang.

Berbalik pada kenyataan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Beaufort. Admin cukup jengkel bila ada orang yang baru ditahap kulit bawang tapi berani berani membuat penyataan yang mengada-ngada. Konon, apakah UMNO Sabah sanggup berpeluk cium bersama PPBM Sabah yang mengkhianati mereka.

Dengarkan baik-baik wahai sekalian pemimpin Warisan yang baru berada ditahap kulit bawang. Umum tahu orang yang tidak ada kualiti seperti Timbalan Ketua Bahagian ini cukup ramai di dalam Parti Warisan. Bukan hanya tidak berkualiti tapi sebenarnya tidak ada kapasiti langsung untuk memimpin orang-orang Sabah.

Tidak ada yang mengkhianati UMNO sebaliknya keputusan mantan wakil-wakil BN untuk menyokong PPBM dibuat secara musyawarah, selepas mengambil kira nasib pengundi ataupun rakyat Sabah dibawah kerajaan Warisan yang tidak ada pengalaman sebagai pentadbir kerajaan.

Terbukti hari ini terlalu banyak rungutan berhubung kemampuan Parti Warisan. Antara rungutan yang kedengaran, Parti Warisan hanya aktif merasmikan prasarana yang diusahakan dan disediakan oleh kerajaan terdahulu. Memalukan! 🤭

Kerajaan negeri atau Parti Warisan dinilai sebagai kerajaan Cowboy atau kerajaan yang mengenepikan undang-undang. Ini juga amat memalukan. 🤭

Begitu juga dengan manifesto Warisan yang bukan alang-alang. Hari ini segala janji manis janji bulan dan bintang menjadi bahan untuk mencaci kerajaan negeri Warisan. Kerajaan negeri penipu dan tidak ada kemampuan kata mereka.

Persepsi rakyat Sabah yang Parti Warisan dikelilingi oleh orang-orang yang jahil juga akhirnya terbukti benar yang sudah tentu telah menjejaskan sokongan di pilihanraya akan datang. Masyarakat menyaksikan beberapa kejadian yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pengikut kuat Ketua Menteri atau Parti Warisan, sama ada kejadian itu melibatkan dadah atau jenayah lain.

Lantikan atau melantik orang yang tidak munasabah bagi mengurus komuniti. Hal ini telah meracuni keyakinan masyarakat Sabah keatas kerajaan negeri yang dinilai tidak ikhlas dan sengaja membiarkan mereka miskin dan bergelumang dengan gejala yang tidak sihat supaya akal mereka semakin bodoh dan terus menyokong Parti Warisan. Admin tidak pasti sejauh mana kebenaran perspektif ini tapi itu yang diperkatakan dan bermain di mata fikir masyarakat Sabah.

Jadi pada pemimpin Warisan dipersilakan menilai balik kemampuan dan “kebersihan” diri. Sebelum membuat kenyataan jangan tunjukkan sangat yang diri kamu itu benar-benar jahil dan tidak berkemampuan untuk mengurus orang orang Sabah yang majoritinya cerdik cerdas belaka.

Perlu diingat walaupun sebelum ini Presiden Warisan berkeras tidak membenarkan PPBM bertapak di Sabah tetapi itu bukan halangan bagi pengerusi PPBM pada masa itu Tun Dr Mahathir untuk meneruskan hasratnya. Tun sedar dan tahu Warisan tidak akan mampu mempertahankan kekuasaannya. Tun kata, Warisan lemah di Sabah ini kerana Warisan hanya mendapat beberapa kemenangan dari berpuluh kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi.

Kerajaan negeri yang dibentuk oleh Warisan hasil dari persekongkolan wakil wakil rakyat daripada BN yang melompat menyertai Warisan. Ini menunjukkan kerajaan negeri yang dibentuk oleh Parti Warisan bukannya mandat daripada rakyat Sabah.

Pokoknya Parti Warisan tiada kekuatan dari konteks demokrasi rakyat.

Kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh parti Warisan tidak dipercayai oleh pusat terutamanya berkaitan projek dan dana daripada Persekutuan. Hal ini diketahui oleh majoriti rakyat Sabah.

Peliknya walaupun page Najib Razak telah mendedahkan penyelewengan dana KKLW berjumlah 1.5 billion dan telah pun viral tapi tiada seorang pun pemimpin Warisan atau kerajaan negeri yang berani menyangkalnya. Mungkin mereka sedar dan nampak seandainya Najib Razak menjadi saksi dalam skandal KKLW di Mahkamah kelak. Sudah tentu waktu itu tidak ada satu pun pihak yang boleh menyangkal kesaksian Najib. Maklumlah bekas Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab meletakkan Shafie sebagai Menteri KKLW.

Akhirnya yang nampak tidak sedar diri dan masih bergelumang dengan najis ialah Parti Warisan. Warisan yang mengkhianati mandat rakyat kerana walaupun kalah di PRU namun tanpa rasa bersalah membentuk kerajaan negeri melalui lompatan wakil-wakil rakyat kepada BN.

Warisan ini angkuh seperti merak walhal sejahil jahil umat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.