GPS Sarawak Nyata Sokongan Padu Pada Persekutuan

Negeri dan gabungan parti yang paling lantang dan lama menentukan kandungan perjanjian Malaysia 1963.

Berbeza dengan Warisan yang baru setahun jagung tapi ada hati bercakap soal 20 perkara. Logik kah?

Apa yang boleh dilakukan boleh parti selemah Parti Warisan. Setakat mempropagandakan tuntutan 20 perkara mungkin bolehlah tapi sampai bila. Hanya untuk mendokumentasikan kewarganegaraan pada mereka yang berminat pun kerajaan negeri Warisan tidak mampu melakukannya akibat tidak ada kuasa atau authoriti.

Tapi sehingga hari ini demi menjaga hati kumpulan Bajau Suluk masih ada di kalangan jentera parti Warisan yang terus mencipta cerita dongeng kononnya Parti Warisan akan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang berkelayakan. Kuasa apa yang mereka ada oh?

Oleh itu jangan ada yang merasa hairan kalau Sabah akan terus ketinggalan dari semua aspek kemajuan berbanding Sarawak. Hanya kerana Sabah yang diterajui oleh Parti Warisan yang lembab politik.

Siang malam tidak sudah dengan propaganda Sabah for Sabahan tetapi tidak mesra Persekutuan, malah bermusuhan bila dua Ahli Parlimen daripada parti Warisan termasuk ahli Parlimen dari Semporna mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin. Alahai!

(Untuk nota kerajaan negeri Sabah tidak ada kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan kewarganegaraan dari mana-mana negara jiran vyang ada kuasa hanyalah Persekutuan atau Federal. Jadi hari ini apa lagi yang tinggal pada kerajaan negeri, kalau sudah menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan atau musuh politik kepada Perdana Menteri Malaysia)

Nah sekarang apa yang mereka rasakan oren?

Sebelum ini GPS buat kesekian kalinya menyatakan sokongan mereka terhadap Federal atau Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian menyokong kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Menurut Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanti Linggi, sokongan dibuat atas kepentingan negara sekali gus memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan.

Tegasnya, GPS juga merupakan rakan Kerajaan Persekutuan.

“Kerjasama ini adalah untuk memastikan pentadbiran negara berjalan baik serta kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan negara dengan lancar.

Tahniah kerajaan Negeri Sarawak kerana cerdik politik tidak sebaliknya egosentrik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.