Tiada Orang Sabah Bergantung Pada Bantuan Selain Penyokong Warisan

Rasanya sangat sedikit masyarakat Sabah yang bergantung pada bantuan kerajaan negeri Warisan. Walaupun mereka sedang berhadapan dengan penguatkuasaan PKP di seluruh negara. Masyarakat Sabah yang admin maksudkan itu pula sudah tentulah bukan dari kalangan penyokong Parti Warisan.

Oleh sebab itu soalan tambahan Dr Jeffrey Kitingan di sidang DUN yang dijawab sinis oleh Ketua Menteri Shafie adalah jawapan atau kenyataan yang tidak sebenarnya bertanggungjawab, seolah-olah selama ini kehidupan rakyat Sabah bergantung pada bantuan, apa lagi pada kerajaan Warisan yang baru berumur setahun jagung.

Soalan Jeffrey Kitingan berbunyi bagaimana dengan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan negeri bagi menangani Covid 19.

Jawapan balas Shafie, kita perlu mencipta budaya masyarakat yang ada keupayaan berdiri diatas kaki sendiri dalam kalangan rakyat Sabah terutamanya golongan muda. (Iaitu tidak bergantung pada bantuan kerajaan negeri)

Begitu sikap kerajaan negeri Parti Warisan. Maka mujurlah majoriti masyarakat Sabah tidak mengundi Warisan pada PRU yang lepas. Sebaliknya yang mengundi Parti Warisan mereka lah yang wajib merasa malu kerana hinaan itu.

Sebelum timbul ini polemik dari masyarakat Sabah berhubung peruntukan yang telah diumumkan oleh kerajaan Warisan melalui pelan bantuan Covid 19 tetapi tidak mencapai sasaran. Seperti contoh peruntukan bantuan makanan, ini gagal atau tidak tercapai. Begitu juga dengan peruntukan pembangunan prasarana yang diumumkan dalam pelan bantuan Covid 19, peruntukan ini dianggap oleh masyarakat Sabah sebagai tidak wajar atau tidak patut, ada ke patut di tengah-tengah kerisauan masyarakat Sabah berkenaan ancaman Coronavirus boleh pula kerajaan negeri menyelitkan berjuta wang rakyat untuk membina kononnya prasarana. Seolah-olah lebih penting menjaga kroni berbanding menjaga nyawa orang Sabah.

Jangan banyak songehlah semua orang tahu golongan masyarakat yang menyokong Parti Warisan adalah mereka yang bergantung pada bantuan kerajaan, tidak kiralah bantuan itu dalam bentuk apa, boleh sahaja dalam bentuk projek, bantuan tunai atau saja dalam bentuk dokumentasi.

Lain kali bila menjawab soalan seperti itu tujukan jawapan seperti itu khusus kepada penyokong Parti Warisan agar tidak lagi bergantung pada kerajaan negeri.

Jangan buat-buat lupa propaganda terbesar Parti Warisan pada pilihan raya yang lepas ialah memperkenalkan semula saham Yayasan Sabah, bantuan murid sekolah dan antara lain mengambil tanah Felda lalu diagihkan kepada masyarakat Sabah. Adakah manifesto ini tidak mendidik masyarakat supaya bergantung pada bantuan kerajaan?

Tuntutan royalti minyak 80 persen apa cerita sudah ini, juga antara propaganda ataupun manifesto yang telah berjaya memikat hati pengundi pada waktu itu. Propaganda ini telah memberi bayangan bahawa sekiranya Parti Warisan berjaya menjadi kerajaan maka 80 persen dari royalti minyak akan diberikan kepada rakyat Sabah. Apa ini bukan sejenis didikan agar bergantung nasib pada pemerintah.

Oh ya Presiden Parti Warisan bukan siapa-siapa atau tidak akan dikenali tanpa strateginya selama ini sebagai pemberi sedekah.

Si pemberi ikan bukannya pancing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.