Langkah Sabah Kawal Covid Dan Sempadan Tidak Praktikal


Langkah Warisan mengawal Covid 19 sekaligus sempadan negeri tidak praktikal, idea yang olok-olok.

Ada akal yang meminta pendapat admin berkenaan syarat kemasukan ke negeri Sabah ekoran wabak Covid 19.

Kerajaan negeri Warisan menetapkan seperti ini.


Sesiapa saja yang bukan penduduk Sabah yang ingin memasuki negeri ini, tidak kiralah mereka menggunakan pengangkutan jenis apa. Maka mereka terlebih dahulu mestilah mendapatkan surat kebenaran khas daripada kerajaan negeri.

Mereka juga perlu mengemukakan sijil perubatan yang membuktikan mereka bebas daripada wabak virus Covid 19.

Kalau bab perlu mengemukakan sijil perubatan ini kita boleh terima lagi walaupun tidak praktikal sebab tapisan ketat diperingkat awal boleh dilakukan di lapangan terbang atau di setiap pintu masuk ke negeri Sabah dan amaran hukuman berat akan dikenakan jika sekiranya ada yang terkesan positif Covid 19.

Pun begitu kalau selepas ini tiada lagi kaunter pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang atau di mana mana pintu masuk ke negeri Sabah kerana sudah ada sijil kesihatan. Mungkin peraturan baru ini bolehlah dianggap praktikal tapi jika sekiranya kaunter pemeriksaan terus berfungsi seperti biasa maka peraturan ini hanyalah menyusahkan orang ramai.

Pokoknya setiap orang luar yang datang ke Sabah mereka perlu terlebih dahulu ke hospital atau klinik yang berhampiran bagi mendapatkan sijil tahap kesihatan mereka.

Kalau berurusan di hospital kerajaan tahanlah sikit mungkin hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 tapi kalau mereka berurusan ke klinik swasta maka sudah tentulah bayaran yang dikenakan akan jauh lebih mahal.

Tapi syarat pertama tu, itu betul-betul tidak masuk akal. Sarawak yang begitu tegas dengan peraturan imigresen pun tidak terfikir untuk mengenakan syarat seperti ini.

Maksudnya selepas ini setiap penduduk Malaysia yang ingin berkunjung atau datang ke negeri Sabah perlu memiliki satu dokumen khas yang hanya dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Tidak cukup dengan hanya menggunakan MyKad dan Passport, apa lah tu.

Kalau selepas ini kerajaan negeri beralasan, walaubagaimanapun dokumen khas berkenaan boleh diperolehi sejurus tiba di Sabah maka terbuktilah ia adalah kerja atau peraturan yang sengaja diada-adakan untuk menyusahkan pihak tertentu. Ia adalah kerja orang yang tidak cerdik, kerja orang yang tidak pandai mengurus negeri dan masyarakat. Sebaliknya hanya aktif mencipta propaganda politik biar partinya terus relevan dimata masyarakat.

Kalau benar peraturan ini untuk mengekang virus Covid 19. Habis itu untuk apa lagi dokumen khas menjadi syarat sedangkan surat pengesahan daripada Hospital atau klinik sudah ada. Apa sebenarnya fungsi dokumen khas itu adakah fungsinya melebihi MyKad dan Passport. Apa istimewanya?

Kalau sekadar dokumen biasa yang bertujuan untuk mengawal tempoh masa berada di Sabah rasanya peraturan ini telah lama ada dan telah pun digunapakai.

Kerajaan pembangkang Warisan ni sudahlah banyak janji janji mereka yang tidak tertunai. Ditambah lagi dengan perlaksanaan seperti ini yang hanya menyusahkan masyarakat.

Benarlah kata masyarakat politik, Warisan ni pandai saja cakap tapi bab menjalankan kerja pembangunan dan memajukan masyarakat memang ke laut. Satu pun tidak ada yang menjadi kenyataan, mungkin selama ini mereka ingat undang-undang atau perlembagaan dan suara rakyat bukannya halangan kepada cita cita mereka. He!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.