Apa Kaitannya JPPS Dengan Hak Hak Sabah Wahai Warisan

Mari kita cerahkan atau bidas balik kenyataan Shafie Apdal yang menentang syor murni Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor iaitu agar JPPS diperkenalkan semula di negeri Sabah.

Ada beberapa sebab kenapa PPBM Sabah menyarankan hal itu. Antara lain yang disebutkan adalah.

Kelak JPPS akan berfungsi sebagai platform yang mewakili kerajaan Persekutuan di negeri Sabah.

JPPS hanya akan berfungsi sebagai instrumen yang akan menyelia, memantau dan menyelaras pengagihan peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh Federal ke peringkat negeri Sabah.

(Idea memperkenalkan semula JPPS di negeri Sabah tercetus bila mana status negeri Sabah bertukar menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan)

Selain itu JPPS hanyalah berfungsi sebagai wakil kerajaan pusat di negeri Sabah. Agensi yang sama telah diwujudkan di negeri Kelantan, sewaktu negeri ini juga berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan.

JPPS hanyalah kluster bukannya organisasi yang akan menjejaskan kedaulatan undang-undang negeri.

Tetapi Ketua Menteri Sabah menentang cadangan itu alasannya kerana kononnya mengwujudkan JPPS semula sama seperti mengembalikan hak Sabah ke Persekutuan.

Tidak faham admin, hak mana yang akan dikembalikan ke Persekutuan andai JPPS beroperasi di negeri Sabah?

Kenapa pula JPPS dikaitkan dengan hak-hak Sabah dari konteks apa tu. Bukannya juga JPPS menggunapakai dana daripada kerajaan negeri. 

Matlamat atau fungsi JPPS hanyalah seperti yang disebutkan di atas merupakan  instrumen yang akan menyelaras peruntukan yang disalurkan oleh Federal ke negeri Sabah.

Hakikatnya yang akan mentadbir JPPS di negeri Sabah ialah orang Sabah itu sendiri yang juga mendaulatkan hak-hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Sepertimana PPBM Sabah yang memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 melalui kementerian hal ehwal negeri Sabah dan Sarawak yang diperkenalkan baru-baru ini oleh kerajaan Perikatan Nasional. Jadi pada kerajaan Warisan jangan terlalu syok sendiri orang lain juga ada agenda dan rasa sayang pada negeri sendiri. Alahai!

Kalau kita perhalusi tidak ada bezanya JPPS dengan kewujudan cawangan Kementerian KKLW di negeri Sabah (Bahagian Pembangunan dan Pemantauan) yang pada ketika itu Kementerian KKLW di terajui oleh Shafie Apdal.

Adakah semasa Kementerian KKLW diterajui oleh Shafie hak hak Sabah telah dijual pada Persekutuan. Hak apa tu?

Dan untuk apa cawangan Kementerian KKLW diwujudkan di negeri Sabah pada waktu itu, ada kaitannya dengan kepopularitian Tan Sri Musa Aman yang cuba ditutup kah?

Bagaimana pula dengan kedudukan kerajaan negeri Sabah selaku pembangkang dimata Persekutuan. Adakah Presiden Warisan itu masih mendapat kepercayaan walaupun sebelum ini terpalit dengan skandal penyelewengan  yang berlaku didalam  KKLW yang diterajuinya pada waktu itu. Rasanya sukar sudah hata semasa kerajaan PH sebelum ini pun, Federal bersikap skeptikal terhadap kerajaan negeri, sebab itulah sehingga hari ini amat sedikit projek yang disalurkan ke negeri Sabah.

Justeru adakah salah jika Federal  meletakkan agensinya di peringkat negeri bagi mengelak sebarang kemungkinan akan berlakunya penyelewengan dari berulang dalam masa yang sama dapat memastikan segala program pembangunan berjalan lancar?

Pada kerajaan negeri janganlah terlalu hipokrasi. Semua orang tahu Warisan pada pilihan raya lepas berkerjasama dengan beberapa parti daripada Semenanjung sekaligus sama sama membentuk kerajaan negeri. Jadi dimana kedudukan parti Warisan dari konteks menuntut perjanjian 20 perkara. Sikit sikit bolehlah jangan sampai seolah-olah parti Warisan sendiri yang menandatangani perjanjian Malaysia 1963.

Lalu dari sudut mana Warisan beriya-iya bercakap soal hak hak Sabah hingga menafikan hak rakan sekutu dalam Persekutuan yang sudah tentu pasti bersetuju untuk mewujudkan JPPS di negeri Sabah sepertinya PBS dan STAR yang lebih vokal dan sudah sekian lama menyuarakan perjanjian 20 perkara.

Lainlah kalau kerajaan negeri yang ada pada hari ini berdiri sendiri tanpa bantuan atau tidak berkerjasama dengan parti parti yang berasal daripada Semenanjung pada PRU yang lepas atau kerajaan negeri hari ini terbentuk melalui pungutan suara atau memorandum ke PBB.

Kebetulan semalam admin menerima satu mesej dari masyarakat marhaen. Dia kata keadaan semakin susah bro sebab pejabat daerah tidak lagi memberikan kerjasama atau tidak lagi mengeluarkan bq andai permohonan projek itu dimajukan ke Kementerian yang ada di Persekutuan.

Persoalannya masih tidak wajar kah JPPS diwujudkan di Sabah walaupun jelas birokrasi tolol seperti itu hanya akan merugikan masyarakat Sabah?

Kawan hanya segelintir masyarakat Sabah yang beriya-iya mempersoalkan perjanjian 20 perkara. Majoritinya melihat jauh ke depan dan ingin terlibat dengan kemajuan arus perdana. Oleh itu janganlah Warisan menjadikan perjanjian Malaysia 1963 sebagai modal politik. Tidak lah masyarakat Sabah ini terlalu bodoh untuk itu hingga lupa perut anak isteri yang perlu diisi selain sudah tentu berhubung masa depan mereka.

Pada parti Warisan cukup-cukuplah memperalatkan orang tempatan. Sedangkan kaum lain atau bangsa lain sedang menerajui banyak jabatan kerajaan.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.