JPPS Untuk Lancarkan Pembangunan Tiada Kaitan Serah Hak Sabah – Hajiji Noor

KENYATAAN MEDIA
BERSATU NEGERI SABAH

13 Mac 2020.

JPPS UNTUK LANCARKAN PEMBANGUNAN, TIADA KAITAN SERAH HAK SABAH

  • YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor,
    Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.

KOTA KINABALU: Cadangan mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) tiada kaitan dengan soal menyerahkan hak Sabah kepada Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, andaian dan tuduhan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd.Shafie Apdal adalah tidak benar, tidak tepat, tidak berasas dan “unbecoming”.

Beliau berkata, dalam suasana dan keadaan politik sekarang, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik supaya negeri dan rakyat Sabah dapat terus menikmati program dan projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya berasa hairan dan pelik dengan kenyataan Shafie. Dia seolah-olah tidak sedar dan tidak menerima hakikat bahawa kerajaannya kini adalah kerajaan pembangkang di peringkat Persekutuan”.

“Siapa itu Shafie yang memandai-mandai mahu mengatur urusan Kerajaan Persekutuan di Sabah? Sedangkan Kerajaan Warisan kini adalah pembangkang di Sabah”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Shafie yang mendakwa Hajiji seorang Sabahan, tidak wajar mencadangkan JPPS diwujudkan semula, yang sama seperti memberikan lebih banyak hak Sabah ke tangan orang lain.

Shafie berkata, Hajiji harus tahu apa yang dikasihi oleh hati rakyat Sabah.
“Sebaliknya, dia mencadangkan agar kami memberikan hak kami kepada Kerajaan Persekutuan?”.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menegaskan, tidak berbangkit soal Sabah menyerahkan haknya kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya Shafie bimbang dan takut akan kehilangan kuasa dalam mengurus dan mengatur projek dan peruntukan persekutuan di Sabah, maka beliau dan Kerajaan Warisan Sabah mesti memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Persekutuan hari ini, yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

“Sebaliknya bukan hanya sekadar mahu mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, tetapi dalam masa yang sama kekal dengan pendirian tidak menyokong Perikatan Nasional”, tegasnya.

Hajiji berkata, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik untuk Sabah dan wajar dilakukan bagi melicinkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program dan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat di negeri pembangkang.

Katanya, JPPS pernah diwujudkan di Sabah semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah sebagai pembangkang.

Jabatan Pembangunan Persekutuan juga diwujudkan di negeri Kelantan yang dahulunya diperintah oleh kerajaan pembangkang.

“JPPS merupakan platform mewakili Kerajaan Persekutuan di Sabah. Tujuannya adalah menjadi jabatan menyelaras dan memantau perlaksanaan projek-perojek pembangunan Persekutuan di negeri ini”.

“Mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri merupakan perkara biasa yang dilakukan di mana-mana negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang”.

“Saya berasa pelik Shafie tidak tahu dan tidak faham senario ini. Adalah pelik jika peruntukan dan program pembangunan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pembangkang”, tegasnya.

-End.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.