Gesaan Shafie Agar Lompat Parti Dihentikan Hanyalah Takut Dan Hipokrasi

Rasanya tidak kena dan tidak tepat malah kedengaran janggal bilamana Presiden Warisan Shafie Apdal sendiri yang menidakkan antara konsep lain dalam sistem demokrasi iaitu melompat atau beralih dari satu parti ke parti yang lain.

Shafie Apdal ketika ditanya sebelum ini oleh pemberita berhubung gesaan Presiden PBS Maximus Ongkili agar Warisan menukar haluan dengan menyokong Perikatan Nasional demi kebaikan masyarakat Sabah.

Dengan agak angkuh Shafie menjawab, tiada keperluannya untuk berbuat demikian dan tidak ada jaminan dari Perikatan Nasional jika ia dilakukan.

Dia juga mengatakan tidak mahu penyakit politik kebangsaan disebarkan ke Sabah yang meletakkan kedudukan dan pangkat sebagai keutamaan.

Agak hipokrasi dan agak sombong bukan?

Justeru itu dia tidak mahu mengikut gelombang politik Semenanjung dan budaya melompat dari satu pihak ke pihak lain. Malah perlu dihentikan. Amboi!

Itu hanyalah kenyataan yang hipokrasi daripada Presiden Warisan. Apa yang berlaku di Sabah sebelum ini jelas bertentangan dengan pendiriannya di atas.

Realitinya kerajaan Warisan tidak akan terbentuk tanpa adanya Yb Yb daripada BN seperti UPKO di saat akhir untuk sama-sama membentuk kerajaan negeri Warisan. Walaupun secara perlembagaan penyandang Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah berjaya mempertahankan kedudukannya sama ada melalui sokongan majoriti daripada ahli Dun atau melalui perlantikan TYT.

Pada pilihanraya yang lepas BN Sabah mendapat 29 kerusi manakala Warisan juga mendapat 29 kursi dan STAR 2 kerusi. Lalu STAR mengambil keputusan untuk memihak BN menjadikan jumlah kerusi BN menjadi 31 dengan itu melayakkan Tan Sri Musa Aman untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kali yang seterusnya.

Namun demikian selang sehari beberapa Adun BN keluar atau melompat menyertai Warisan untuk membentuk kerajaan. Maka terbentuklah kerajaan negeri akibat perbuatan yb-yb BN berkenaan.

Alasan kenapa Yb Yb berkenaan meninggalkan BN dan menyertai Warisan ialah kerana Federal telah dikuasai oleh Pakatan Harapan atau PH.

(Tidak seperti Bersatu Sabah hanya bertapak selepas kerajaan negeri dan Persekutuan dibentuk)

So apa bezanya dengan apa yang ada pada hari ini. Hari ini Persekutuan diperintah oleh Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, UMNO-BN dan PAS. Sedangkan kerajaan negeri Sabah bertukar menjadi pembangkang.

Benar kata Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor ketika ditanya oleh wartawan berhubung kenyataan Shafie diatas. Datuk Hajiji menjawab sebenarnya Ahli Parlimen Semporna itu hanya bimbang Kerajaannya akan tumbang.

Maksudnya kenyataan Shafie Apdal di atas hanyalah retorik politik dan hipokrasi kerana apa yang telah dimulakan oleh Shafie sehingga menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah

Dia buat boleh orang lain buat tidak boleh sedangkan dia yang mulakan dan demokrasi adalah milik semua orang.

Oleh yang demikian untuk memperkasakan Bersatu atau PPBM di Sabah tiada jalan lain yang lebih berkesan selain memperkasakan kedudukan Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Bersatu Sabah. Selain memperkenalkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) sebagaimana cadangan Datuk Hajiji itu sendiri, adalah langkah awal yang harus diambil dan dipercepatkan.

Manjadda wajada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.