Pesanan Ulama Berhubung Pengkhianatan Pemimpin UMNO #PRKKimanis

Ulang siar pesanan atau teguran seorang ulama berhubung kegiatan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin utama UMNO malah menjadi amalan mereka yang terdiri dari Najib dan Zahid.

Umum pun tahu kan dua pemimpin ini sedang berhadapan dengan tuduhan atau dakwaan penyelewengan yang melibatkan wang rakyat di Mahkamah Persekutuan.

Admin mendapat khabar, hari ini dua pemimpin UMNO berkenaan sedang berkempen PRK Kimanis. Pelik kan langsung tidak ada rasa malu dan bersalah terhadap orang-orang Sabah yang selama ini setia kepada mereka tapi dikhianati. Hata Tan Sri Musa Aman sendiri turut menjadi mangsa kerakusan mereka.

Berbalik pada tujuan entry ini.

Kenyataan Dr Maza ini bukannya kenyataan biasa tapi merupakan satu pernyataan yang cukup tegas malah boleh saja dianggap satu fatwa yang tidak boleh diengkari oleh mereka yang beragama Islam khususnya dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO agar segera menginsafi diri.

Dr Maza menulis di akaun Facebooknya bahawa “mengambil harta secara tidak sah menipu laporan audit cuba menghapuskan bahan bukti memaksa orang lain menipu menipu kerajaan dan rakyat, memecat orang yang inginkan ketulusan kemudian masih berterusan menipu. Jika itu bukan satu pengkhianatan kepada negara maka tiada lagi istilah khianat dalam dunia ini. Bersekongkol dengan individu seperti ini bererti bersekongkol dengan pengkhianatan”

Jadi pada masyarakat Sabah umumnya khasnya pengundi di PRK Kimanis, bertitik tolak dari teguran ulama ini. Marilah berfikir secara sihat, melihat ke hadapan dan pertanyakan pada diri sendiri wajarkah UMNO diberikan kepercayaan untuk kali yang kedua atau paling tidak wajarkah UMNO diberikan undi sedangkan belum pun sampai sepenggal UMNO menjadi pembangkang, satu tempoh yang sangat singkat untuk mendidik si politik maling. Nanti tidak pasal-pasal kita pula yang termasuk dalam kumpulan yang dimaksudkan oleh Dr Maza di atas iaitu mendokong pengkhianat natijahnya kita pula yang dilaknat oleh sang pencipta.

Najib, Zahid dan Bung masih dalam proses penghakiman kerana penyalahgunaan kuasa lalu di mana maruah orang Sabah andai parti UMNO yang menjadi alat untuk mereka menjalankan pekerjaan maling diberikan sokongan. Bukan ke itu namanya merugikan diri sendiri dan mengkhianati negara bangsa?