Pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu Sabah) Datuk Hajiji Noor berkata parti Warisan Sabah adalah kawan atau sahabat yang perlu dibantu dalam pilihan raya kecil atau PRK Parlimen Kimanis yang sedang rancak berjalan.
Beliau berkata lagi sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin parti komponen Pakatan Harapan untuk membantu Warisan yang merupakan rakan politik mereka.
Ini sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli komponen PH dalam saat begini, kita kena tolong kawan kerana calon daripada Warisan ialah kawan kita kerajaan PH kawan dengan Warisan maka itu kita kena turun itu tanggungjawab kita, katanya ketika ditemui oleh wakil dari Borneo Today di majlis sambutan perayaan Krismas tahun baharu 2020 di Membakut.
Tercacat sebagai sejarah politik Sabah di mana dalam majlis itu buat pertama kalinya Datuk Haji telah dijemput dan hadir serta turut berucap di pentas sama yang juga dihadiri oleh Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal sebagai tetamu kehormat sejak Datuk Hajiji menyertai Bersatu pada April tahun lepas.
Datuk Hajiji juga ketika ditanya oleh wartawan adakah kehadirannya di program itu bersama Datuk Shafie menandakan berakhirnya hubungan dingin mereka, beliau mengakuinya, ya sudah selesai kita akan pastikan kemenangan calon Warisan di PRK Kimanis.