Ketua Wanita UMNO Sabah Perlu Lebih Cerdik

Pertama-tama sekali UMNO Sabah atau Ketua Wanita UMNO Sabah Jainab Ahmad harus faham kedudukan mereka selaku pembangkang dan kedudukan PPBM selaku parti pemerintah.

Jadi sepatutnya selepas ini tidak timbul lagi soal kamu pernah menjadi UMNO begitu juga sebaliknya kerana berfikir dari konteks itu, itu bererti kamu tidak memahami sistem demokrasi dan politik kepartian.

Sekaligus kamu buta di dalam membuat penilaian.
Siapa sebenarnya yang lebih berjasa adakah parti semata-mata atau pemimpin dan pengikut mereka yang telah memartabatkan UMNO di Sabah.

Tanpa pendokong atau pemimpin yang berkualiti, satu-satu parti itu tidak akan mampu bertahan lama kerana parti hanyalah wadah bukannya jasad yang boleh bergerak dan berfikir.
Ertinya parti tidak ada kehebatan yang hebat ialah pemimpin dan jentera mereka, kerna tanpa mereka parti tidak akan mampu bersaing sekaligus menjuarai persaingan. Itu juga bererti yang berjasa adalah pemimpin, mereka ini yang perlu dikenang dan dihargai generasi seterusnya dan bukan parti iaitu UMNO.

Di Negara maju kemajuan yang dikecapi oleh negara dan rakyatnya dikaitkan dengan kemampuan pemimpin atau Presiden mereka bukannya kepartian sama ada Demokratik atau Republikan. Abraham Lincoln seperti contoh dikenang oleh rakyatnya kerana menghapuskan perhambaan.

Hanya di Malaysia hari ini meletakkan parti jauh lebih mulia dan cerdik dari seorang pemimpin. Entah konsep pemikiran apa yang mereka gunakan terlalu konyol, tidak masuk akal, pagan agaknya.

Sebelum ini Ketua Wanita UMNO Sabah Jainab Ahmad Ayid mengulas kenyataan politik Timbalan Ketua PPBM Sabah Datuk Masidi Manjun yang menggambarkan kini UMNO adalah sebuah parti perkauman setelah bermuafakat dengan parti PAS.

(memang benar pun apa yang didakwa oleh Datuk Masidi itu, hari ini kita nampak hampir setiap hari sentimen perkauman dan agama ditiupkan oleh jentera atau laskar UMNO di media sosial seperti Facebook WhatsApp dan banyak lagi. Jangan ada yang menafikan kebenaran ini)

Jesteru Jainab berpendapat ingatlah kalian iaitu pemimpin-pemimpin Bersatu Sabah bahawa dahulu mereka adalah orang-orang UMNO dan telah mengecapi kesenangan kemajuan. Selain kononnya telah memegang jawatan penting.
Kalau begini konsep berfikir pemimpin-pemimpin UMNO Sabah maka ada baiknya cermin dulu diri mereka. Percayalah konsep berfikir yang ketinggalan zaman seperti ini hanya menyebabkan masyarakat Sabah terus ketinggalan.

Yang membawa UMNO ke Sabah ialah Tun Mahathir. Sebelum UMNO bertapak di Sabah parti apa yang dianuti oleh pemimpin Sabah pada waktu itu? Kenapa pemimpin UMNO Sabah tidak melihat dari konteks ini kalau benar setia kepada parti? Tidak usahlah temberang kononnya patut setia kepada parti, kerna kononnya parti lah yang telah mengangkat pemimpin, itu pendapat yang tolol. Pendapat orang yang tidak cerdik malah hanyalah pendapat orang yang berkepentingan atau tamak tidak melihat kepentingan rakyat Sabah dari skop yang lebih luas iaitu sanggup berkorban demi masa depan rakyatnya.

Helo Ketua Wanita UMNO Sabah, berdekad UMNO menjadi parti yang memerintah Malaysia dan tidak ada rakyat yang telah mendapat banyak kebaikan atau manfaat dari kerajaan UMNO selain masyarakat Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak. Tapi hari ini majoriti masyarakat atau Melayu Semenanjung tidak lagi menyokong UMNO kerana mereka percaya pemimpin utama UMNO telah mengkhianati kepercayaan mereka. Bukan hanya kerana salahguna kuasa tetapi dari sudut tanggungjawab selaku kerajaan yang gagal membela nasib masyarakat Melayu, kemiskinan merata sedangkan pemimpin UMNO kaya raya dan kita tahu hari ini Najib dan Zahid Hamidi telah diheret ke mahkamah.

Adakah dalam keadaan UMNO atau pemimpin UMNO yang bergelumang dengan salahguna kuasa dan telah gagal memikul tanggungjawab hingga ditolak oleh rakyat pada PRU yang lepas tapi pemimpin UMNO lain tidak ada hak untuk membuat pilihan demi masa depan dan pengikut mereka?

Pada Ketua Wanita UMNO Sabah tunjukkan sikit prinsip berpolitik demi rakyat tu, apa lah ertinya parti tanpa rakyat maka itu nasib rakyat yang mesti diutamakan. Pemimpin yang baik ibarat sebatang lilin sanggup terbakar demi menerangi jalan orang lain.

%d bloggers like this: