Bukan Tidak Faham Tapi Muskil PSS

Sebelum ini Timbalan Menteri KDN Azis Jamman ada mengajukan pertanyaan terhadap Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor bahawa susah sangatkah kononnya beliau memahami pelaksanaan Pas Sementara Sabah atau PSS. Amboi!

Tidak ada susahnya, setakat memahami pelaksanaan Pas Sementara Sabah atau PSS, rasanya budak tadika pun tahu. Hanya yang menjadi pertanyaan atau kemuskilan ialah mekanisme apa yang akan digunakan dan bagaimana pula dengan status pemegang PSS. Ini yang kurang difahami memandangkan tidak pernah dijelaskan secara tuntas oleh kerajaan negeri sebelum itu.

Janganlah terlalu memandang orang lain lemah hanya kamu yang cerdik. Belum cuba belum tahu 😊

Oleh kerana itu kalau benar ingin membetulkan pemahaman seseorang maka sebaiknya sampaikanlah teguran itu dalam bentuk yang lebih berhemah apa lagi YB Sepanggar merupakan Menteri Federal yang sudah tentu pasti sentiasa dinilai oleh rakyat. Cerdik kah Timbalan Menteri ini atau apa dia!

Isu pokok yang perlu diketahui oleh Timbalan Menteri KDN Aziz Jamman berhubung perkara ini ialah soalan atau kemuskilan itu dimajukan oleh Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor semasa dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke 15. Jadi tidak timbul soal faham atau tidak memandangkan soalan dimajukan di sidang Dewan dimana wakil rakyat boleh mengajukan sebarang soalan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Semasa Dewan Undangan negeri berfungsi, hata jawapan yang kita tahu sekali pun kita boleh bertanya bagi mendapatkan kesahihannya. Ini kan pula hal yang melibatkan status kewarganegaraan seperti ini.

Soalan pula boleh dimajukan oleh sesiapa saja tidak kiralah apakah dia wakil rakyat pembangkang atau saja wakil rakyat daripada kerajaan itu sendiri. Ini negara demokrasi bukannya monarki.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri berkenaan Datuk Hajiji Noor selaku wakil rakyat telah membawa isu yang menjadi keresahan masyarakat Sabah bahawa andai PSS diperkenalkan tanpa syarat tertentu maka seolah-olah kerajaan negeri menggalakkan lebih ramai pendatang asing tanpa izin datang ke negeri Sabah. Ini kerana walaupun PTI berkenaan tidak memegang sebarang dokumen dari negara asal tapi mereka layak diberikan PSS.

Apa yang tidak kena dengan soalan itu dan kenapa pula ada yang merasa kecewa?

Perkara kedua yang juga perlu diketahui dan difahami oleh Azis Jamman ialah berkaitan jawapan Ketua Menteri, Shafie Apdal bahawa pemegang PSS tidak boleh diserapkan menjadi warganegara. Jawapan Ketua Menteri ini hanya diketahui selepas soalan atau kemuskilan dimajukan oleh Datuk Hajiji Noor sepertimana di atas.

Tidak ada pemimpin di negeri ini yang menolak langkah menangani kehadiran pendatang asing tanpa izin. Sebaliknya yang menjadi kemuskilan ialah cara dan sistem apa yang akan digunakan.

Jesteru jawapan Ketua Menteri Shafie Apdal bahawa pemegang dokumen PAS tidak boleh ditukar menjadi warganegara Malaysia sebenarnya telah menjawab kemuskilan masyarakat Sabah. Sejauh mana kebenarannya hanya masa yang menentukannya, rakyat Sabah sedang mengikuti perkembangan PSS ini.

Oleh sebab itu sewajarnya lah YB Sepanggar tidak masuk campur kerana soal jawab berhubung isu ini berlaku di Dewan Undangan Negeri.

Jujurlah admin berikan pandangan di sini, andai admin ini seorang PTI admin tidak akan memohon dokumentasi atau keterangan PSS kerana ia akan menafikan hak asasi dimana seseorang yang memenuhi syarat layak memohon status kewarganegaraan satu satu negara berdasarkan perlembagaan atau undang-undang yang sedia ada.

Perlu ditekankan disini bahawa Bersatu Sabah bukannya anti imigran selagi mana mereka mematuhi undang-undang yang sedia ada atau membenarkannya.

%d bloggers like this: