Rahman atau UMNO Sabah Berpijak Nyatalah Bumi Sabah

Ada pemimpin dan kuncu kuncu UMNO daripada Sabah yang tidak mengakui kebenaran dakwaan Timbalan PPBM Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Datuk Masidi Manjun sebelum ini menyatakan bahawa UMNO di Sabah tidak lagi inklusif kepada masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama. Ini berlaku sejak UMNO menjalin kerjasama dengan parti PAS melalui muafakat nasional.

Ini menurut Datuk Masidi boleh diperhatikan melalui kenyataan pemimpin tertinggi UMNO di Semanjung yang semakin bernada politik keagamaan menyerupai PAS.

Memang pun di Semenanjung sesama bangsa Melayu yang beragama Islam pun dikafirkan oleh PAS apa lagi orang Sabah yang bukan Islam atau Islamnya separuh masak. (Sejak akhir-akhir ini nampaknya pemimpin UMNO juga melakukan hal yang sama bermain dengan sentimen bangsa dan agama)

Walaubagaimanapun Rahman Dahlan menafikan kebenaran itu dengan membuat perbandingan mudah tapi tidak relevan iaitu merujuk kepada calon Cina dan kemenangan BN di PRK Tanjung Piai.

Menurut Rahman Dahlan majoriti pengundi di Tanjung Piai adalah Melayu tetapi UMNO mengambil keputusan berani dengan meletakkan calon Cina dari MCA. Ini menunjukkan UMNO bukan parti perkauman dan pelampau keagamaan.

Rahman Dahlan meletakkan calon Cina di PRK Tanjung Piai tidak ada kaitanya dengan pembuktian tetapi lebih kepada strategi politik semata-mata.

Lucu juga ya Datuk Masidi bercakap dari konteks UMNO dan masyarakat Sabah selepas UMNO bekerjasama dengan PAS. Tapi demografi Tanjung Piai atau Semenanjung yang diangkat oleh Rahman Dahlan sebagai perbandingan. Tidak relevan langsung.

Hakikatnya masyarakat luar tahu kenapa UMNO meletakkan calon MCA atau Cina di PRK Tanjung Piai kerana 40 peratus pengundi di Parlimen Tanjung Piai terdiri dari kaum Cina dan perlu diingat Wee Jack Seng adalah bekas MP Tanjung Piai selama dua penggal.

Apa lagi sebenarnya Tanjung Piai memang kubu kuat BN. Calon PH pada pilihan raya umum yang lepas hanya mendapat majoriti 524 undi yang pada ketika itu juga berhadapan dengan calon MCA, Wee Jack Seng. Jadi tidaklah menghairankan calon MCA ini melakarkan kemenangan di PRK Tanjung Piai.

Berbeza dengan demografi pengundi di negeri Sabah apa lagi selepas UMNO bekerjasama dengan PAS. Di Sabah tidak pernah sekali pun calon daripada PAS mendapat kemenangan, menunjukkan pengundi negeri Sabah memang menolak parti PAS tapi hari ini PAS bekerjasama dengan UMNO, tidakkah kerjasama ini menjejaskan sokongan UMNO di Sabah?

Kalau dulu ramai pemimpin KDMR atau bukan Islam menjadi peneraju UMNO di peringkat Bahagian. Hari ini boleh Rahman Dahlan sebutkan salah seorang pemimpin dari masyarakat KDMR yang menjadi orang kuat UMNO di Sabah?

Rahman Dahlan dia di PRU yang lepas tewas kepada calon luar dari Semporna. Walaupun pada ketika itu dia menyandang jawatan Menteri.

Rahman Dahlan atau UMNO Sabah Berpijaklah Di Bumi Sabah Yang Nyata.

Dalam perjanjian 20 perkara tertulis di sana Islam bukannya agama resmi Sabah oleh itu adakah PAS yang sinonim dengan perjuangan Islam sanggup menerima fakta ini.

Jesteru inklusifkah kerjasama UMNO PAS di Sabah yang kononnya membawa perjuangan Sabah for Sabahan versi UMNO?

%d bloggers like this: