Tujuan Mahathir Bertapak Di Sarawak Sabah Adalah Untuk Mengawal Minyak dan Gas

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Amar James Masing berkata Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun ditambah sebagai Menteri Persekutuan dengan memegang pelbagai portfolio.

Jadi tolonglah jangan beritahu saya yang beliau tidak sedar kedudukan dan keperluan Sarawak sepanjang tempoh itu, ujarnya semasa ditanya oleh wartawan Utusan Borneo

Ketua Menteri Sarawak itu juga berpendapat Mahathir sebenarnya tidak berminat terhadap keperluan rakyat Sarawak walaupun pada ketika itu dia berada di tampuk kepimpinan negara sehinggalah ke hari ini.

Jadi janganlah rakyat Sarawak terpedaya untuk kali yang kedua.

James Masing berkata demikian bagi mengulas ucapan Mahathir Mohamad semasa merasmikan pelancaran Parti Bersatu Sarawak di Bintulu pada hari Sabtu yang lalu.

Dimana Mahathir memperlekeh kepimpinan negeri Sarawak yang didakwa gagal memikul tanggungjawab mereka menyebabkan masih ramai masyarakat Sarawak yang miskin sedangkan Sarawak adalah negeri yang kaya.

Tetapi menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak walaupun Sarawak sudah lebih 50 tahun menyertai Malaysia tapi taraf kehidupan di Negeri Sarawak masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini kerana ketidaktelusan Mahathir itu sendiri menyebabkan berlakunya ketirisan dalam pengurusan sekaligus pengagihan kekayaan sehingga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan negeri Sarawak sejak dahulu sehinggalah sekarang.

Pokoknya tujuan Mahathir menyebarkan sayap Bersatu ke Sarawak adalah untuk mengawal minyak dan gas di negeri ini untuk kepentingan mereka, Amir James.


Jadi kalau sudah begitu ceritanya apalah agaknya nasib rakyat Sabah di masa akan datang ya, memandangkan Warisan adalah sekutu keras Mahathir Mohamad. Habis barang-barang?

Itu juga bermaksud yang tuntutan Shafie agar status Sabah ditukar menjadi Wilayah didalam Malaysia adalah sebenarnya agenda sulit Mahathir supaya minyak dan gas Sabah dapat dikawal sepenuhnya dan tuntutan 40% hasil Sabah hanyalah retorik politik bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat Sabah, sebelum semuanya berada didalam genggaman Mahathir? Wow!

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑