Sarawakian Tolak Parti Mahathir (Bersatu)

Hari ini 1 Disember 2018 Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan hadir untuk melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bumi Sarawak yang dijadualkan pada jam sekitar 6 pm hingga 11 pm di Dewan Suara Bintulu. Tapi……..

Kelihatan dalam gambar Mahathir tiba dengan pesawat rasmi kerajaan bagi melancarkan sekaligus memperkenalkan Parti Bersatu pada orang Sarawak.

Gambar seterusnya banyak kerusi kosong menunjukkan orang Sarawak menolak parti Mahathir. Tahniah Sarawakian 😊

Pun begitu Mahathir cakap Kerajaan Negeri Sarawak akan bertukar pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Mahathir ni tidak habis-habis dengan ego dan minda penjajahnya.

Dia buat buat bodoh, masyarakat Sabah dan Sarawak “miskin” kerna strategi politiknya pecah dan perintah selepas itu sengaja memiskinkan dua negeri ini supaya terus sujud merayu agar diberikan perhatian.

Nak jangan pula ingat admin memfitnah ahh, ini adalah kebenaran yang diakui sendiri oleh Mahathir katanya dia menyesal kerana menganaktirikan Sarawak dan kononnya dia ingin menebus kesalahannya. Mungkin kerana itulah dia datang ke Bintulu bagi melancarkan Parti Bersatu.

Kalau ada yang berpolitik atau tidak percaya kononnya gambar ini diambil sebelum atau selepas majlis pelancaran, nah dipersilakan menonton rakaman video semasa Mahathir Mohamad berucap, berapa kerat yang ada.

Jangan kedipkan mata lihat ke arah tabung derma yang sedang berjalan tu, kerana kalau dulu bukan main lagi mengolok jentera PAS yang setiap kali mengadakan ceramah politik setiap kali itu juga tin Milo ikut pening kepala.

Benarlah celoteh Anwar Ibrahim Mahathir itu ibarat mamak Bendahara.

Mamak Bendahara adalah individu yang terlibat secara langsung memusnahkan empayar ketuanan Melayu Melaka.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: