Sebelum ini admin ada menulis berkenaan kegusaran masyarakat atau komuniti kampung ke atas sikap segelintir pendatang asing tanpa izin (PTI) yang sewenang-wenangnya mendirikan rumah haram di tanah atau kawasan lapang yang terletak di perkampungan.
Klik link dibawah
https://jalinluin.com/2018/11/28/pencerobohan-tanah-oleh-pendatang-asing-tanpa-izin-pti/
Artikel itu telahpun viral dan serba sedikit telah berjaya mendidik sekaligus menyedarkan masyarakat agar bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati hak mereka sebagai komuniti Kampung.
Artikel itu juga telah mengundang pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat yang mereka luahkan dalam bentuk komen di blog, Facebook atau saja di WhatsApp.
Ironinya rata rata dari mereka menyalahkan Kerajaan Sabah yang ada pada hari ini, pun begitu admin tidak pasti sejauh mana kebenarannya, kenapa mereka begitu mudah mengaitkan kebobrokan yang ditimbulkan oleh PTI dengan Parti Warisan.
Rentetan itu penduduk Kampung Pulong, Tenom telah sebulat suara bertindak dan menghubungi pihak yang berwajib agar menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Pegawai Daerah Tenom telah memberikan notis 14 hari kepada pemilik rangka rumah haram berkenaan supaya dirobohkan dan jika gagal berbuat demikian maka penduduk kampung akan bertindak dan merobohkannya sendiri.
Kerana ada rasa DENGKI !!! maka mereka sanggup buat lapuran konon orang yang buat rumah disitu adalah PTI.
INGAT:
FITNAH ITU LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH.
Hukum KARMA Bala akan menimpa kepada mereka yg menfitnah.
LikeLike