Sebab itulah hanya mereka yang naif politik yang mempercayai Warisan mampu mempertahankan perjanjian 1963 sekaligus dapat merealisasikannya.
Warisan yang kita dengar baru baru ini akan menggubal beberapa perlembagaan termasuklah perlembagaan yang akan mengubah status Sabah menjadi Wilayah tetapi kekal dalam Malaysia. Sabah Ubah lah katakan! 😊
Isunya adakah penyokong Warisan masih buta, masih percaya pada agenda perubahan yang telah dijanjikan oleh Parti Warisan, Shafie Apdal keatas Sabah. Hanya kerana mendengar berita angin yang kononnya Shafie adalah anak emas Mahathir dan apa pun kehendak Shafie akan ditunaikan, termasuklah menunaikan perjanjian 20 perkara?
Tapi kenapa tuntutan Warisan 40 persen dari hasil negeri Sabah dan sebelum itu 20 persen dari hasil minyak yang digali di bumi Sabah tidak mendapat perhatian Federal aka Mahathir. Perkara ini admin ada membangkitkannya klik link dibawah,
Akhirnya link diatas terbukti benar bila Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri yang menyatakan bahwa Federal tidak mampu menunaikan tuntutan 40% dari hasil Sabah. Baca link dibawah,
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=128942
Maksud admin selepas semua retorik dan kegagalan di atas masih adakah yang mempercayai Shafie akan mampu membebaskan Sabah dari cengkaman Federal apa lagi politik Mahathir aka parti Bersatu akan bertapak di Bumi Sarawak, seperti mana jadual diatas.
Orang Sarawak, apa khabar adakah kamu sanggup meninggalkan parti tempatan yang sudah berdekad menguasai politik Sarawak dan menggantikannya dengan parti import Mahathir iaitu Parti Bersatu? kami di luar Sarawak menunggu perkembangan berita dari semasa ke semasa.
Tunjukkan sikit jadi diri orang Sarawak tu tolak parti Mahathir. Biar selamanya politik Sarawak menjadi pedoman kepada masyarakat politik Sabah.
Maksud admin juga bagaimana mungkin Mahathir akan mengiktiraf perjanjian 1963 Sabah dan Sarawak dalam erti kata yang sebenarnya sedangkan dua negeri ini tidak akan dilepaskan dan tuntutan Sabah dimungkiri oleh Mahathir malah cuba dikuasai. Fikir logik lah bro! Alahai