Adakah P. Waythamoorthy Kebal Dari Akta Berita Palsu (Hasutan) Dimana Kredibiliti KDN?

Jangan perkecilkan kebenaran ini tapi berikan keadilan pada semua pihak.

Pada 30 April yang lalu Seorang lelaki warga Denmark telah di penjara seminggu dan denda RM10 ribu oleh Mahkamah Sesyen kerana penama Saleh Saleem Saleh Sulaiman yang berumur 46 tahun telah mengaku menerbitkan berita yang tidak benar melalui rakaman video, dia mendakwa pihak polis lewat tiba di lokasi pembunuhan yang melibatkan seorang imam yang juga pensyarah warga Palestin. Klik link dibawah :-

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/30/warga-denmark-individu-pertama-dihukum-bawah-akta-antiberita-tidak-benar-2018/

Tapi bagaimana pula dengan Menteri Perpaduan P. Waythamoorthy yang juga membuat tuduhan yang sama.

P Waythamoorthy sejurus berlakunya insiden di kuil USJ Shah Alam bertegas dan mendakwa bahwa pihak polis lewat tiba ke tempat kejadian iaitu pada jam 4.15 pagi manakala Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 6 pagi. Menyebabkan rusuhan berlaku dan tidak boleh dikawal. Klik link dibawah :-

P Waythamoorthy Mendakwa Polis Lambat Bertindak

Walaubagaimanapun ia dinafikan oleh Timbalan Menteri KDN, Aziz Jamman bahawa pihak polis sampai ditempat kejadian 10 minit lebih awal kerana Ibu Pejabat Polis Subang Jaya hanya mendapat panggilan pada jam 2.40 pagi dan pihak polis bergegas ke tempat kejadian pada 2.50 pagi. Klik link dibawah :-

Timbalan Menteri KDN Menafikan Tuduhan P Waythamoorthy

Jadi berdasarkan fakta di atas sewajibnya lah Menteri Perpaduan itu dihadapkan ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Sebab kalau tidak ia akan menjejaskan nama Malaysia di mata dunia, memandangkan ia melibatkan menteri di Kementerian perpaduan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keharmonian negara dan masyarakat secara keseluruhannya.

Adakah akta hasutan atau akta berita palsu hanya berfungsi pada masyarakat biasa dan tidak pada para menteri ?

Adakah menteri di Kementerian KDN berkredibiliti?

Inikah yang dikatakan pembaharuan melalui Malaysia baru?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: