Musa Aman – Selepas 14 Tahun Baru Didakwa Dan Kenapa Dua Hari Sebelum 07hb November?

Berhubung pendakwaan ke atas Musa Aman. SPRM menuduh Musa terlibat dalam rasuah konsesi balak dan kes itu sudah berusia 14 tahun. Hemmm

14 tahun kes sudah berlalu dan kes itu ditutup kerana butir-butir pendakwaan yang tidak memenuhi sarat seperti yang dikehendaki oleh Peguam Negara pada masa itu.

Tapi hari ini, iaitu dua hari sebelum 07hb November yakni hari pendengaran keputusan Mahkamah yang akan menentukan siapa sebenarnya Ketua Menteri Sabah yang sah, sama ada Musa atau Shafie. Maka Musa telah dipanggil oleh SPRM untuk didakwa.

Macam ada strategi serampang dua mata yang mahu dikenakan keatas Musa Aman. Pertama, ditakdirkan Musa yang menang dalam kes perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah tapi kerana dakwaan rasuah yang telah dibuat terlebih dahulu maka kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah akan dibatalkan. Bila terbatal Musa akan kehilangan kelayakan atau kuasa untuk meneruskan pentadbirannya atau membubarkan DUN. Yang kedua adalah untuk mempengaruhi keputusan hakim pada 07hb November ini.

Berbalik pada tuduhan rasuah diatas. Ternyata kes atau tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng dan Shafie lebih wajar untuk didakwa kerna telah melibatkan wang rakyat yang bernilai ratusan juta ringgit dan kes mereka baru berusia dua tiga tahun malah telah menyebabkan tangkapan keatas beberapa individu yang disyaki sebagai saksi utama. Walau bagaimanapun kes mereka ditutup oleh SPRM dan bukannya oleh Peguam Negara. Ganjil kan?

Ketidakadilan seperti inikah yang menjadi kekuatan Malaysia baru untuk terus berkuasa?

Percayalah tidak bersikap adil atau membuat pendakwaan terpilih, samalah ertinya dengan negara ini dipenuhi oleh hakim hakim yang tidak amanah yang akan mengundang kemurkaan Tuhan.

Kalau kerajaan PH ingin dipuji sebagai kerajaan yang bersih dan adil, maka buatlah kerja secara saksama dalam erti kata yang sebenarnya, jangan hina keintelektualan rakyat Malaysia.

One thought on “Musa Aman – Selepas 14 Tahun Baru Didakwa Dan Kenapa Dua Hari Sebelum 07hb November?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: