Hari Ini Keputusan Siapa Ketua Menteri Sabah Yang Sah

Seperti yang kita sedia maklum, sebentar lagi sejarah politik Sabah akan diwarnai dengan warna putih atau hitam. Dimana keputusan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah bakal diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Yew Jen Kie.

Kes bermula pada bulan Jun yang lalu bilamana Ketua Menteri Sabah, Musa Aman memfailkan saman keatas Shafie dan TYT Juhar. Bagi mendapatkan pengistiharan bahawa Ketua Menteri semasa Musa Aman masih sah mengikut lunas undang-undang dan mendakwa pengakuan bersumpah Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri di hadapan TYT Juhar adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Selepas pilihan raya yang lalu Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dihadapan TYT Sabah Tun Juhar. Ini kerana BN telah mendapat majoriti mudah 31 kerusi dicampur dengan 2 kerusi dari STAR.

Tapi dua hari kemudian Presiden Warisan Shafie pula yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, kerana dia mendakwa telah mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan beberapa Yb BN yang melompat.

Soalnya sejak bila DAP dan PKR bekerjasama dengan parti yang bertapak di Sabah iaitu Warisan, sedangkan sebelum PRU14 Presiden Warisan Shafie sendiri telah membuat pengakuan bahwa mereka tidak ada hubungan politik dengan mana-mana parti daripada semenanjung.

Tapi bila keadaan mendesak lain pula ceritanya, hari itu Warisan ada hubungan politik dengan PH. Hemmm!

Kalau anda telah membuat kerja kerja pentadbiran, mengadakan sidang DUN, melantik dan memecat sesuka hati. Tapi diragui dan berjaya diheret ke Mahkamah, bermakna anda sudah lama berada dalam kekalahan. Loser!

Apa yang ditunggu oleh masyarakat Sabah pada hari ini ialah bukanlah soal kalah atau menang semata-mata tapi sejauh mana kehakiman yang ada pada hari ini berkerja berpandukan undang-undang atau perlembagaan yang telah termaktub atau yang tercatat pada tahun 1985 bila mana PBS, Joseph Pairin berjaya mengalahkan Tun Mustapa, Harris Salleh dan Gabenor Sabah pada masa itu berhubung jawatan Ketua Menteri Sabah melalui proses kehakiman.

Kita tunggu dan lihat, kita hanyalah menunggu detik detik kemenangan berganda.

Hakikatnya sama ada keputusan itu memihak atau tidak, pihak GBS steady berstatus nothing to lose, mereka cool jak.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: