Anwar Ibrahim berpendapat PH tidak sewenang-wenangnya menerima kemasukan Ahli Parlimen UMNO yang dibawa oleh Bersatu atau Mahathir Mohamad.
Sebab itulah Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PH akan berbincang mengenai status Ahli Parlimen UMNO itu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang oleh SPRM.
Apa yang disuarakan oleh Anwar Ibrahim itu adalah bayangan bahawa dia sedar dan nampak apa yang cuba dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya. Walaupun Mahathir ada berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar selepas tempoh 2 tahun dari tarikh kemenangan PH pada PRU14.
Dua hari yang lepas bersatu telah mendedahkan satu konspirasi dimana mereka akan menarik masuk seramai 40 Ahli Parlimen daripada UMNO untuk menyertai Bersatu. Kita tahu dalam masa yang sama Mustapa Mohemad Ahli Parlimennya Jeli telah menyertai Bersatu.
Kalau kita dalami kenyataan Anwar diatas, jelas ia tidak hanya menjurus kepada ahli Parlimen UMNO yang ada sekarang lagi bermasalah. Tapi juga pada bekas pemimpin UMNO yang telah disiasat oleh SPRM dan kini bekerjasama dengan PH seperti mana Shafie Apdal selaku Presiden Warisan yang telah disiasat oleh SPRM dan telahpun direman.
PKR pun tahu, sebelum Shafie menggugurkan dirinya sebagai pemimpin UMNO dia telah menjadi bahan politik PKR, Zuraidah Kamarudin dan Chegubard. Dimana waktu itu Shafie yang berjawatan Menteri KKLW daripada UMNO telah dikaitkan dengan wang yang berjuta dan seorang artis serta pemandu mereka yang culas. Malangnya sehingga hari ini, tidak ada sebarang hukuman undang-undang yang telah dikenakan ke atas Shafie dan artis berkenaan, jadi masyarakat tidak tahu adakah dakwaan Zuraidah dan Chegubard itu benar atau fitnah!
Klik link dibawah ;
Shafie Musuh Orang Sabah – PKR
Isu disini adakah Shafie yang juga bekas pemimpin UMNO yang bermasalah yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim dan akan ditolak? Kita tunggu dan lihat!
Tinggalkan Jawapan