Lebih Baik Darell Bertaubat Kerna Memfitnah Pembangkang

Keterlaluan pula putar alam Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

Si Darell sendiri yang mencipta dakwaannya bahawa Parti Warisan mendominasi kaum tertentu dan mengaitkan Warisan dengan pendatang asing tanpa izin atau PTI.

Dia juga mendakwa faktor kenapa Parti Warisan diserang bertubi tubi adalah kerana pembangkang telah merasakan parti Warisan semakin kuat dan tahap pemikiran orang Sabah yang sudah melangkaui sifat perkauman.

Selepas dia mencipta dakwaan diatas baru dia spin dan merayu pada penyokong pembangkang agar memohon maaf kepada Tuhan kerana telah memfitnah mereka, seperti mana diatas. Politik apa bha begini ni!

Hakikatnya tidak ada seorang pemimpin pembangkang yang pernah mendakwa atau menuduh kalau Warisan itu parti perkauman lagi mendominasi kaum dan hanya membela PTI. Sebaliknya sejak Warisan mentadbir kerajaan negeri, masyarakat dapat melihat dan merasakan sendiri apa yang berlaku disekeliling mereka. Dimana akhirnya masyarakat menemui dan menyimpulkannya di Facebook bahwa Warisan adalah parti perkauman dan hanya menternak PTI.

Ironinya bila diteliti, ternyata dakwaan masyarakat itu ada kebenarannya. Benar, Parti Warisan cuba membela PTI dengan memberikan keterangan diri tapi “ditentang” melalui lakonan pemimpin Warisan yang berketurunan KDMR. Bukan hanya ditentang malah bersandiwara akan meninggalkan parti Warisan, andai Warisan meneruskan niat mereka.

Apa apalah, lakonan kah sandiwara kah tapi bagaimana dengan nasib kerabat PTI yang telah berkorban demi kemenangan parti Warisan? Nah hal seperti inilah yang diperhatikan oleh masyarakat politik.

Jadi jangan mudah menyalahkan pembangkang tapi teliti dan cari dulu kebenarannya.

Tidak ubah seperti mana pepatah kacang lupakan kulit. Adakah si Darell tidak tahu kebanyakan kerabat PTI adalah pengundi Warisan, adakah dia lupa pangkat Menteri yang dia sandang tu sebenarnya serba banyak datang dari undi yang ada hubungannya dengan PTI?

Adui nah, tolonglah Darell jangan menjadi pemimpin dan Menteri yang putar alam. Bikin malu orang Sabah oh!

Admin tidak nafikan, lama sebelum ini admin ada mendengar cerita fasal si Darell yang cuba menipu sepasang suami isteri berkaitan jual beli tanah tapi berjaya dihalang.

Lain kali jangan menjanjikan pembelaan kalau tidak sanggup menunaikannya. Kesian pada masyarakat yang terbabit dinafikan dan disepak macam anjing kurap. Hemmm

Kesimpulannya bukan penyokong pembangkang yang digesa bertaubat tapi orang yang melontarkan nasihat berkenaan iaitu diri Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking agar bertaubat dan jangan seperti kacang lupakan kulit.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s