50 Ahli UPKO Keningau Menyertai STAR

Hari ini di Keningau Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR, Robert Tawik telah menerima penyertaan mantan ketua cawangan UPKO kampung Tuarid, Robert @Cliftrich Gajim bersama 50 ahlinya.

Mereka menyertai STAR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan pemimpin UPKO yang tidak dapat berbuat apa-apa di dalam memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat khususnya di kawasan Bingkor.

Robert juga berkata Rakyat Sabah sudah mulai sedar bahawa kerajaan Warisan (seketu UPKO) tidak boleh membela nasib dan masa depan rakyat tempatan Sabah, yang paling ketara sekali berhubung beberapa isu panas yang telah melemahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Warisan iaitulah usaha memberi keterangan diri kepada pendatang asing tanpa izin atau PATI.

Dalam pada itu Robert Gajim menyatakan, mereka menyertai STAR adalah disebabkan telah hilang kepercayaan terhadap Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau dan percaya akan lebih ramai lagi ahli parti itu keluar dan menyertai STAR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s