Musa Lebih Berjasa Kepada Masyarakat Sabah Berbanding Shafie

Walaupun Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak beretorik dengan slogan Sabah Ubah atau Sabah untuk Sabahan sepertimana Presiden Parti Warisan, Datuk Shafie Apdal. Tetapi Musa lebih berjasa kepada rakyat Sabah, kata Datuk Ramlee Marhaban.

Seperti contoh Shafie pernah berada pada kedudukan lebih baik untuk membantu rakyat Sabah melalui jawatan Naib Presiden UMNO dan beberapa jawatan Menteri, terutamanya Menteri di Kementerian KKLW.

Ujar Ramlee Marhaban sebagai Naib Presiden UMNO, Shafie adalah orang ketiga paling berkuasa di negara selepas Presiden dan Timbalan Presiden. Ini kerana UMNO adalah tulang belakang kerajaan yang ditadbir oleh BN

Maka sepatutnya sebagai Menteri Persekutuan pada masa itu, Shafie berpeluang melantik rakyat Sabah sekurang-kurangnya dalam Kementerian nya tetapi sehinggalah hari beliau disingkirkan tiada seorang pun kakitangan dari rakyat Sabah dicadangkan olehnya untuk dilantik di peringkat Persekutuan.

Inilah sesuatu yang rakyat Sabah harus fikirkan.

Menurut Ramlee yang juga Adun Dun Bugaya, Datuk Muhammad Mentek seorang Bajau dari Semporna dilantik menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sebelum ini yang memegang portofolio Menteri.

Ini disusuli dengan pelantikan rakyat Sabah lain seperti Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Sabin Samitah, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datin Norhaini Udin, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Ramzah Dambul.

Hakikatnya 80 peratus kakitangan awam di Jabatan Persekutuan di negeri Sabah adalah ada disandang oleh orang Sabah. Termasuklah di Jabatan Kastam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan pembangunan Persekutuan Sabah dan pejabat Naib canselor Universiti Malaysia Sabah.

“Walaupun Musa tidak pernah mengatakan apa-apa berkenaan pencapaiannya dalam meningkatkan status kakitangan awam rakyat Sabah, rekod itu membuktikan pencapaiannya.

“Hakikatnya, kerana pimpinan Musa, kebanyakan kakitangan awam rakyat Sabah diberi kepercayaan memimpin di peringkat persekutuan dan ahli politik kita diberi peranan penting, termasuklah sebagai menteri-menteri kanan dan duta-duta,” katanya.


Sememangnya pun, semasa Shafie menyandang Kementerian yang paling bermanfaat kepada masyarakat Sabah iaitu Kementerian KKLW. Tidak pernah kita mendengar usahanya untuk mengangkat orang Sabah yang berkelayakan tanpa mengira bangsa dan agama ke tahap yang lebih tinggi sebagai Ketua Jabatan. Seperti yang dilakukan oleh kepimpinan negeri Sabah dibawah Tan Sri Musa Aman.

Kawan-kawan! jangan kan ke tahap mengangkat anak-anak Sabah sebagai Ketua jabatan. Sedangkan memberikan kedudukan atau peluang di dalam Kementerian nya atau agensi di bawah Kementerian KKLW pun tidak berlaku. Kalau pun ada hanyalah melibatkan kerabat atau kroni terdekatnya. Walaupun pada PRU yang lepas, ada antara mereka yang menjadi jentera pembangkang. Hem

Contohnya, siapa Setiausaha Media Kementerian KKLW pada masa itu, adakah dia orang Sabah? jawapannya bukan. Siapa orang kepercayaan Shafie di Kementerian KKLW, adakah dia orang Sabah? jawapannya bukan.

Pokoknya semasa Presiden Warisan berada dalam kuasa, beliau gagal memartabatkan masyarakat Sabah khususnya dari konteks jawatan dan peluang untuk bersaing. Sebab itulah kalau kamu selidiki, ternyata pegawai yang disiasat oleh SPRM dalam skandal KKLW, bukannya orang Sabah.

Tapi itu tidak bermakna kita ada sentimen terhadap masyarakat Semenanjung. Apa yang kita nyatakan ini hanyalah perbandingan semata-mata, di antara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal.

Kita pun tahu rezeki tidak pernah salah alamat. Tapi bila politik Warisan mempropagandakan kononnya hanya merekalah yang mampu memperjuangkan nasib orang-orang Sabah. Maka terpaksalah kita menceritakan kedudukan yang sebenarnya. Jangan sampai masyarakat Sabah ini menjadi talian hayat kepada mereka yang telah terbukti gagal.

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: