Jangan Peduli Pada Tawfiq, Pedulilah Pada Barisan Nasional

TAWAU: “Setiap malam, saya tak boleh tidur kerana ingat janji kepada penduduk Kampung Titingan untuk beri sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua keluarga yang terbabit kebakaran, 5 September lalu.

“Saya bimbang jika terus pejamkan mata (meninggal dunia) tanpa menunaikan janji. Sebab itu, hari ini saya datang walaupun dalam keadaan sakit”.

Demikian kata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam ucapannya pada majlis penyampaian sumbangan peribadi beliau itu di Balai Raya Kampung Titingan di sini, hari ini.

Ucapan beliau menyentuh perasaan sebahagian besar hadirin dengan ada antaranya tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.

Menteri Belia dan Sukan Sabah itu yang sebelum ini berehat lebih lapan bulan kerana penyakit yang dirahsiakan dan menerima rawatan di Kuala Lumpur, tiba di majlis berkenaan dengan dipimpin menaiki pentas, selain turut kelihatan cengkung.

Tawfiq berkata, beliau sedih kerana tidak dapat bertemu rakyat dalam tempoh lama, namun menguatkan semangat untuk turun padang buat kali pertama.

“Lapan bulan tidak bersama warga Tawau terutama penduduk Kampung Titingan tetapi rasa macam lapan tahun tak bertemu. Terlalu lama saya memendam rasa untuk turun (bertemu rakyat) tetapi tidak dibenarkan oleh doktor.

“Saya gagahkan juga untuk datang berjumpa penduduk kampung yang pernah saya janji untuk beri bantuan. Saya datang bukan atas Tawfiq, tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya gagahi juga,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Pada majlis itu, Tawfiq menyampaikan sumbangan kepada 85 ketua keluarga mangsa kebakaran, selain 307 keluarga menerima sumbangan zink untuk memperbaiki rumah, seorang penduduk menerima kerusi roda dan 330 lagi menerima bantuan asas.

Dalam majlis itu, beliau juga memohon maaf kepada penduduk Kampung Titingan kerana tidak dapat menunaikan tugas sebagai pemimpin di kawasan itu selama lapan bulan.

“Saya rasa amat bersalah dan memohon semua penduduk memaafkan saya, bukan tidak mahu berkhidmat, tetapi keadaan tak mengizinkan.

“Saya mungkin akan berada di hospital dua hingga tiga bulan lagi. Siapa pun jadi calon (pilihan raya) berikan sokongan.

“Individu tidak penting, yang penting BN perlu kita pastikan meneruskan kesinambungan pentadbirannya di Malaysia. Saya mohon semua mendoakan kesihatan saya supaya cepat sembuh,” katanya.

Sumber.


Lama sebelum ini admin pernah dimaklumkan dan dari saat itu admin hanya mengetahui dua pemimpin. Dimana sebahagian daripada gaji mereka disumbangkan kepada golongan yang memerlukan iaitu anak yatim piatu dan ibu ibu tunggal.

Pemimpin yang admin maksudkan ialah Datuk Tawfiq Titingan dan Tan Sri Musa Aman.

Bermaksud sememangnya Datuk Tawfiq adalah pemimpin Sabah yang dikenali sebagai orang yang budiman dan amat prihatin terhadap orang lain. Alsebab itulah beliau disenangi oleh semua lapisan masyarakat Sabah umumnya dan khasnya masyarakat Tawau tanpa mengira jenis bangsa dan agama.

Mari kita doakan, semoga Datuk Tawfiq Titingan dan ahli keluarganya senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah

“Jangan peduli dengan individu yang bernama Tawfiq, pedulilah dengan Barisan Nasional yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat”

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: