Tabung Derma PPBM (Warisan) Hanyalah Muslihat

Rupanya tabung derma yang dilancarkan oleh parti PPBM di Semenanjung dan parti Warisan di Sabah hanyalah gimik untuk mengaburi mata masyarakat. Sebab dalam masa yang sama mereka membawa atau menyeludup wang dari luar negara dan andai kewujudan wang itu berjaya dihidu oleh pihak yang berwajib maka alasan ia adalah hasil sumbangan orang ramai akan digunapakai.

Hakikatnya Dr Mahathir telah pun berjaya menyeludup wang tunai dari luar negara sebanyak 1.8 billion USD dan ia dibawa menggunakan jet peribadi. Dipercayai wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan pilihanraya yang akan datang dan untuk membeli calon yang menang selepas pilihan raya.

Wang itu juga akan digunakan untuk membayar DAP sebanyak satu bilion ringgit dan PKR serta Amanah sebanyak tujuh ratus juta ringgit. Selepas mereka sebelum ini bersetuju memberikan jawatan pengerusi Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir. Wow!

Pendedahan itu dibuat oleh Datuk Jamal Yunus dan beliau mencabar Dr Mahathir agar mengheretnya ke mahkamah, andai dakwaannya itu berunsur fitnah.

Kepada penyokong-penyokong pembangkang yang ada di peringkat akar umbi, jangan kamu mudah menafikan artikel ini. Kerana pada hakikatnya kamu tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin atasan pembangkang, kamu tidak tahu perundingan rahsia mereka. Kamu juga tidak tahu kepentingan mereka.

Jadi jika benar kamu tidak berpuas hati, buat saja laporan polis lepas itu heret Datuk Jamal ke Mahkamah.

Taktik Dr M itu bukannya dorongan dari sikap kleptokrasi dan 1.8 itu bukan dedak kah?

2 thoughts on “Tabung Derma PPBM (Warisan) Hanyalah Muslihat

Add yours

  1. JALINLUIN pulak menfitnah konon KUTIPAN DERMA untuk mengaboi
    mata mencuci wang hafrem masuk dari luar negara. Bukankah DERMA 2.67 BILLION ke akaun Najib pun dari luar – PAK ERAB…….?????

    KAHKAHKAHKAH.
    Aku tunggu je tajuk kau on this subject.

    Like

  2. MARI MENDERMA UNTUK HAPUSKAN KELPTOKRASI.
    CIMB: 8602689940

    Thursday, 22 February 2018
    KENAPA RAMAI JADI ‘GILA’ BILA BERSATU BUAT KUTIPAN DERMA? BUKANKAH CALON PRESIDEN AMERIKA PUN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

    Entah kenapa, ramai puak sebelah sana yang tiba-tiba jadi “sakit hati”, “mereng kepala” dan “gila” apabila Bersatu melancarkan tabung kutipan derma di kalangan orangramai bagi menghadapi pilihanraya akan datang dan bagi tujuan memudahkan lagi usaha menumbangkan kerajaan kleptokrasi sedia ada.

    Mereka mengatakan kutipan derma itu sebagai tindakan zalim dan menganiaya rakyat jelata kerana Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir didakwa kaya raya serta memiliki banyak harta di merata-rata.

    Keluarkanlah wang simpanan berjuta-juta itu atau jual saja sebahagian harta-harta yang ada, demikian antara hujah mereka.

    Tidak cukup dengan itu, ada pula pemimpin UMNO kesayangan Najib Razak yang sanggup mengadakan sidang media dengan gimik kononnya menderma sejumlah RM7 bilion kepada Bersatu.

    Kenapalah mereka jadi “gila” sampai begitu sekali?

    Tidakkah mereka sedar bahawa amalan mengutip derma untuk menghadapi pilihanraya, apatah lagi bagi menyingkirkan kerajaan yang penuh skandal dan bermasalah, adalah perkara biasa dan berlaku di mana-mana, malah calon Presiden Amerika Syarikat pun melakukan perkara yang sama?

    Adakah calon Presiden Amerika selama ini miskin-miskin belaka?

    Tindakan pemimpin UMNO dengan gimik RM7 bilion itu bukan saja menyerlahkan “kegilaan tahap gaban” terhadap apa yang dilakukan oleh Bersatu untuk mendapatkan sumbangan derma daripada orangramai, malah ia jelas suatu penyebaran berita palsu yang paling nyata sekali.

    Bukan saja jumlah RM7 bilion yang konon diderma itu sah palsu, nama bank pun palsu, malah cek sebenar yang dirahsiakan dan dimasukkan melalui mesin deposit cek di sebuah bank juga tidak diketahui atas nama siapa serta berapa jumlahnya.

    Makanya, ia adalah berita palsu yang sepalsu-palsunya.

    Di ketika Najib mahu menggubal undang-undang untuk mengekang berita palsu, tindakan pemimpin UMNO berkenaan adalah suatu tamparan paling nyata seolah-olah kepalsuan adalah mainan harian mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

    Kenapa UMNO begitu risau dan sakit hati bila Bersatu mengutip derma?

    Harus disedari bahawa langkah mengutip derma itu bukanlah paksaan, ia hanya sukarela bagi sesiapa yang ingin menderma. Jumlah yang perlu diderma juga tidak dipaksa, boleh RM1, RM5, RM10 atau jumlah-jumlah lain mengikut kemampuan.

    Yang pentingnya, ia melambangkan keinginan untuk turut serta dan sedia berkorban di kalangan rakyat jelata untuk sama-sama menumbangkan kerajaan kleptokrasi yang sedang berkuasa.

    Lebih utama lagi, wang derma itu dimasukkan dalam sebuah tabung yang bukan rahsia dan pasti akan diumumkan berapa jumlah yang diperolehi nanti. Ia jauh berbeza dengan Najib yang menerima “derma” daripada 1MDB, tetapi memasukkannya dalam akuan peribadi.

    Apakah perasaan “sakit hati”, “mereng kepala” dan “gila” UMNO itu kerana mereka bimbang rakyat akan berpusu-pusu menghulurkan derma yang secara tidak langsung memberi gambaran sang kleptokrat yang sedang bertakhta memang perlu dinyahkan dengan segera? (ShahbudinHusin 22/02/2018).
    Anda mungkin juga meminati:

    Posted by Shahbudin Husin at 08:28

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada cikminah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: