Bekalan Letrik Luar Bandar (BELB) Gagal

PROJEK bernilai RM2.196 bilion gagal untuk menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong.

Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati, lapan daripada 24 talian elektrik bagi projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) mendapati prestasinya tidak memuaskan.

BELB yang terdiri daripada 33 projek kecil, merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 iri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Ia termasuk enam projek hibrid solar dan tiga talian untuk menyediakan bekalan elektrik ke rumah dan di luar jangkauan pihak berkuasa tempatan.

BELB siap sepenuhnya pada hujung 2016 dan proses audit dijalankan pada Mac hingga Jun 2017.

Bagaimanapun, jabatan audit mendapati 33.8% daripada 6,891 buah rumah yang sepatutnya disambungkan kepada talian empat grid sama ada tidak langsung atau lewat menerima bekalan elektrik, kata Ketua Audit.

Sementara itu, kira-kira 60 buah rumah yang mana tidak diduduki atau masih belum siap disambungkan kepada talian kuasa.

Pelaksanaan projek itu adalah lemah kerana kekurangan tenaga kerja mahir di kementerian. – 27 November, 2017.

Sumber.


Projek bekalan letrik luar bandar atau BELB digerakkan oleh mantan Menteri KKLW, Shafie Apdal.

Shafie Apdal memegang jawatan Menteri KKLW bermula dari tahun 2009 sehingga 2015.

Untuk makluman pembaca kegagalan BELB bukannya cerita baru. Pada tahun 2011 Sabahkini ada melaporkannya klik link ini Projek BELB keputusan KKLW dan Tiba masanya SPRM serbu KKLW

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: