LDP (BN) Vs DPJ (PH, Warisan) Dari Konteks Politik Jepun

Kita mahu menunjukkan betapa cakap-cakap politik yang keterlaluan dari pemimpin dan penyokong parti parti pembangkang hanyalah retorik semata-mata.

Bila kita berdebat dengan mereka berkenaan isu semasa yang dicetuskan oleh pembangkang terhadap kerajaan atau keatas sekutu mereka dan kita memberikan jawapan yang rasional atau hakikat kebenaran bahawa sebenarnya pembangkang tidak berkemampuan.

Maka mereka sering merujuk kepada kemajuan yang dikecapi oleh negara negara maju, kononnya maju kerna rakyatnya suka menukar parti pemerintah.

Selain Jepun yang menjadi topik pada entri ini, sistem dua parti yang diamalkan di Amerika juga kita boleh jadikan contoh. Contoh kenapa sebenarnya parti hanyalah wadah, ada pun yang menentukan masa depan rakyat dan negara adalah agenda, sikap dan pemikiran Presiden parti serta jenteranya. Dan tidak boleh kita nafikan faktor pengalaman organisasi parti itu sendiri.

Janganlah kita rujuk demokrasi di negara Rusia yang sebenarnya menggunakan sistem satu parti, nanti penyokong pembangkang pening lalat.

Di Amerika hanya ada dua parti, iaitu demokratik dan republikan, bermaksud rakyat Amerika tidak ada pilihan selain dua parti yang tersedia. Tapi apa yang dilakukan oleh rakyatnya ialah mereka mengundi calon berdasarkan kecemerlangan parti dan pemimpinya tidak kiralah mereka dari Demokratik atau Republikan.

Bermaksud parti hanyalah parti tidak timbul persoalan, parti itu sudah lama atau tidak, seperti mana alasan atau propaganda jentera pembangkang, kononnya BN sudah lama maka itu perlu kononnya ditukar.

Pada tahun 2009 Parti Demokratik Jepun (DPJ) menang besar di PRU negara itu dengan mengalahkan parti pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP). DPJ berjanji akan melaksanakan pelbagai bentuk perubahan. Kebajikan masyarakat akan diberikan tumpuan yang total biar konon masyarakat Nipon akan hidup dengan lebih selesa, tidak lupa soal birokrasi yang turut diberikan tumpukan kelak oleh DPJ.

Tapi rupanya janji manis kerajaan DPJ itu hanyalah retorik semata. Selama tempoh 3 tahun mereka memerintah Jepun, keadaan masyarakatnya tetap begitu rupa, kebajikan yang dijanjikan tidak terlaksana, birokrasi semakin teruk. Ini ditambah bila terjadinya satu bencana alam hingga merosakkan Loji Tenaga Nuklear negara itu. Kerajaan DPJ dikritik hebat oleh rakyat Jepun dan masyarakat antarabangsa kerana lambat bertindabalas.

Maka sebab itu pada tahun 2012, parti LDP telah berjaya mengambil balik pemerintah Jepun dari DPJ dengan kemenangan yang besar. LDP memenang hampir 294 (+30 kerusi dari sekutunya) kerusi dari 480 kerusi yang dipertandingkan dan DPJ hanya memenangi 57 kerusi (bakinya dapat kepada lain lain parti)

Moralnya disini tidak mudah mentadbir negara, semudah kiraan 1, 2, 3. Apa yang dicanang oleh pihak pembangkang dan mengajak kepada perubahan itu hanyalah seruan yang retorik. Jangan pernah percaya, tidaklah mereka itu lebih bijaksana dari pemimpin dan penyokong DPJ 🤓.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s