Warisan Memang Terbukti Gagal Sebagai Kerajaan Negeri

Sememangnya parti Warisan tidak pandai  berpolitik secara sihat, tidak pandai mentadbir negeri melalui kroni yang dia bagi jawatan atau kedudukan. Shafie sendiri gagal memikul tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tapi diluar sana dialah terpakar ekonomi.

Parti Warisan dan kepimpinannya hanya sesuai dijadikan hiburan rakyat Sabah setelah terbukti gagal menerajui  kerajaan Warisan.

Banyak janji pilihan raya gagal ditunaikan, walaupun sekadar janji pada orang kampung yang benar benar memerlukan dan berharap.

Begitu juga masalah jalan raya, letrik dan air hakikatnya diwarisi dari kegagalan Shafie Apdal. Banyak bukti yang aku telah kemekukan selama ini, tergantung pada orang yang membacanya ada kah jujur atau tidak pada dirinya dan orang lain.

Justeru aku teringat satu ceramah kecil dari Shafie Apdal selepas  dibuang dari UMNO dan sedang mencari parti sebagai wadah “perjuangan”. Katanya dia ada berbicara dengan Pairin Kitingan dan dia katakan kalau Pairin tidak bertindak atau menyokongnya maka tidak mustahil kuburannya akan di kencing oleh generasi muda.

Hari ini senarionya terbalik selepas Shafie berkesempatan memegang jawatan Ketua Menteri Sabah tapi totally gagal. Selain tidak bernasib baik mungkin kerana taktik yang digunakan semasa berkempen yang penuh dengan kata kata nista dan dusta.

Tampaknya yang bakal  dikencingkan kuburannya oleh generasi muda yang berpendidikan bukan Pairin Kitingan tapi kuburan Shafie Apdal.  

Kerajaan Warisan kalah dalam pilihan raya negeri 2020 atas beberapa faktor yang sudah aku tulis dalam artikel bertarikh 2020. Artikel ini bertujuan membidas tuduhan si Aziz ketika itu dan aku buktikan secara fakta.

Untuk  nota parti Warisan tidak pernah memenangi pilihan raya termasuk pilihan raya umum 2018.

Selain parti Warisan ada satu lagi parti di dunia ini yang memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan tapi hanya bertahan dua atau tiga tahun iaitu  Parti Demokratik Jepun.

LDP (BN) Vs DPJ (PH, Warisan) Dari Konteks Politik Jepun

Penyebab kekalahan DPJ di Jepun juga hampir sama dengan parti dan kerajaan Warisan.

Semasa berkempen pelbagai formula dinyatakan dan akan membawa negeri atau negara lebih maju. Begitu juga program kebajikan untuk rakyat akan dilaksanakan jika mendapat mandat.

Tapi bila mendapat mandat tidak hanya gagal malah kerajaan sarat dengan skandal penyelewengan, ekonomi merosot, kadar pengangguran meningkat dan yang paling bahaya kadar jenayah turut meningkat.


Terlampau pula kenyataan si Aziz Jamman ni. Adakah patut mereka sendiri yang gagal mengurus negeri dan rakyat Sabah tapi pembangkang pula yang dipersalahkan. Nampak sangat tidak bertanggungjawab dan sangat sangat desperado.

Kenyataan seumpama itu hanya layak diluahkan oleh jentera parti yang tugasnya tidak ada lain selain menafikan kebenaran, walaupun kebenaran itu berada didepan mata mereka. Admin panggil mereka itu sebagai jentera totok yang tidak ada tanggungjawab dan tidak ada semangat nasionalisme.

Si Aziz faham kah apa konsep demokrasi dan bagaimana ia berjalan dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading