TAWAU; 07 FEBRUARI 2018 (Rabu) – Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menerbitkan poster beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Beliau yang menafikan perkara itu menyifatkan ianya satu tindakan berniat jahat dan cuba memburuk burukkan karier beliau dalam dunia politik.

“Kita hanya menjalankan tugas dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)”, katanya dalam satu sidang media.

Menurutnya, pemilihan calon calon BN masih belum diketahui dan ianya terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Bagaimanapun, sebagai pemimpin BN di bahagian Tawau pihaknya akur dengan segala keputusan oleh pucuk pimpinan.

“Jadi kita melihat tindakan ini (poster PRU) adalah berniat jahat dan cuba memburuk burukkan imej saya”, katanya.

Sehubungan itu, Datuk Nizam yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah berharap masyarakat tidak terlalu percaya khabar angin yang sering diterbitkan di media sosial.

https://jalinluin.files.wordpress.com/2018/02/20180/Keratan akhbar yang berkaitan


Nampak sangat kuncu kuncu pembangkang ikut terdesak hingga sanggup menyebarkan perkara yang mereka sendiri tidak tahu dan tidak ada kaitan dengan mereka. Seperti mana keterangan diatas.

Pun begitu pada masyarakat yang menyokong BN khususnya di daerah Tawau, semestinya melihat fitnah terbaru ini tidak lebih kepada kempen percuma untuk bakal calon mereka.

Inilah juga apa yang dikatakan oleh ahli UMNO dan penyokong BN di daerah itu sebagai niat jahat pembangkang telah bertukar menjadi senjata makan tuan. Bravo! 🤓

Ini juga menunjukkan Datuk Nizam Titingan adalah pemimpin atau bakal calon yang digeruni oleh lawan dan dihormati oleh masyarakat. Jadi bersedialah kamu pilihan raya umum tidak lama lagi, mari kita lihat siapa yang kena.

Ini pembangkang tidak mereka dinamakan berpolitik kalau tidak menyebarkan perkara yang lebih kepada fitnah. Hemmm!

Untuk rekod mari kita baca balik keputusan ini, supaya pembangkang tidak lupa diri dan tidak lagi menyebarkan fitnah. In Shaa Allah

https://jalinluin.files.wordpress.com/2018/02/keputusan PRU13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s