Nah kenapa sudah Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Malaysia, Muhyiddin Yassin yang juga sekutu Shafie Apdal. Memperli perjuangan olok olok Parti Warisan, Shafie Apdal. Walaupun kenyataannya itu ditujukan kepada Gabungan Sabah yang juga memperjuangkan Borneonisasi.

Muhyiddin Yassin menegaskan, bahwa hari ini agenda politik telah berubah, tidak ada lagi masyarakat yang benar benar menyokong perjuangan yang bersifat kenegerian. Sebaliknya kini masyarakat melihat perjuangan parti Politik dari konteks yang lebih luas iaitu Negara.

Menurut Muhyiddin Yassin itu adalah cerita lama walaupun semasa dia bersama Barisan Nasional. Mereka pembangkang tetap bercakap perkara yang sama.

(Parti Warisan adalah parti yang kononnya memperjuangkan Sabah For Sabahan atau Sabah Ubah)

Katanya lagi, “Ada pihak yang didaftarkan di Semenanjung dan mereka datang ke sini untuk menjadi sebahagian daripada adegan politik Sabah tetapi komitmen mereka bukan hanya untuk Semenanjung”

Apa sudah jadi, apakah kemarahan Muhyiddin Yassin itu didorong oleh kedegilan Warisan atau Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking yang sebelum ini mempersoal rundingan agihan Kerusi pembangkang Sabah yang dicadangkan Timbalan Pengerusi PH Sabah, Stephen Wong.

Dimana parti Warisan mempersoal sama ada tawaran agihan 60 peratus atau 36 kerusi DUN kepada parti itu benar datang dari Pakatan Harapan Malaysia atau DAP Sabah. Kerana itu Warisan menyifatkan perkembangan itu sebagai perkara yang tidak baik kepada blok pembangkang.

https://jalinluin.com/2018/01/24/rundingan-kerusi-warisan-dan-ph-sabah-sehingga-hujung-bulan-ini/

Walhal tujuan Muhyiddin datang ke Sabah adalah antara lain untuk mendengar cadangan pengagihan kerusi dikalangan parti parti tempatan Sabah.

Warisan ni semua parti mereka ajak berkonfrontasi sebelum ini Gabungan, terbaru nampak condong membenci DAP Sabah.

Arios lah, Warisan. Angkuh tetap angkuh!

One thought on “Agenda Borneo Cerita Lama – Muhyiddin (PH)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s