Rundingan Kerusi Warisan dan PH Sabah Sehingga Hujung Bulan Ini

Kelmarin, telah berlangsung perbincangan tidak rasmi pasal agihan Kerusi PH Sabah dan Warisan menjelangnya pilihan raya umum yang ke 14.

Akhirnya keangkuhan Warisan yang ingin membolot semua kerusi DUN dan Parlimen di Sabah pada PRU14 tidak kesampaian terpaksa akur kepada kehendak PH.

Timbalan Pengerusi PH Sabah, Stephen Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan mengakui peranan Warisan yang kononnya mampu merobohkan BN Sabah. Walaubagaimana pun kenalah Warisan akur dengan kehendak mereka, dimana PH akan bertanding di 15 daripada 25 kerusi Parlimen. Manakala Warisan hanya dibenarkan bertanding di 36 daripada 60 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen. Tidak termasuk DUN dan Parlimen yang dimenangi oleh Yb Warisan melalui tiket PKR dan DAP.

Dengan demikian Warisan dirangka akan bergerak diperingkat negeri dan PH akan memimpin diperingkat Federal.

Pun begitu ia masih dalam perbincangan dan Muhyiddin selaku Timbalan Pengerusi PH pusat memberikan tempoh sehingga hujung bulan ini untuk Warisan dan PH memuktamadkan calon mereka.

Besar betul angan angan puak ni ya. 😉

Memelikkkan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking menafikan dakwaan atau syor PH Sabah diatas. Bikin hairan permainan pembangkang ni atau ini semata-mata wayang untuk mengekalkan sokongan terhadap Warisan sementara Parlimen belum dibubarkan. Muslihat!

Pada BN percaturan apa pun yang akan dipersetujui oleh kedua belah pihak ia bukannya masalah BN. Suka hati mereka lah, lantak pergilah.

Yang menjadi persoalan benarkah Warisan akan berkerjasama dengan parti yang bertapak di Semenanjung. Memandangkan ia bertentangan dengan perjuangan Sabah for Sabahan atau Sabah Ubah. Selain kehendak Warisan sebelum ini yang berhasrat akan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen?

Klik link dibawah, inilah pendirian Warisan semasa mereka menjelajah ke pelusuk negeri Sabah.

https://jalinluin.com/2018/01/22/alasan-warisan-tidak-berkerjasama-dengan-parti%c2%b2-dari-semenanjung-2/

https://jalinluin.com/2018/01/21/kedudukan-kerusi-ph-sabah-dan-warisan-belum-dimuktamadkan-masih-celaru-%f0%9f%98%83/

Andai kerjasama atau agihan kerusi itu menjadi kenyataan. Maka benarlah parti Warisan adalah parti yang kuat “berpulitik” aka bertaqiyah. Menafikan apa saja yang mereka telah katakan atau terima demi matlamat baharu yang ingin dicapai tanpa memikirkan kesannya pada orang lain. Dan sudah tentulah sikap yang tidak konsisten ini akan melenturkan keyakinan penyokong Warisan untuk terus memberikan sokongan.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s