RELA|Campak Baju Nampak Kurap Tapi Kenapa Shafie Enggan Memohon Maaf?

Sebelum ini tersebar rakaman kenyataan Presiden Warisan, Shafie Apdal semasa berucap di Majlis mereka yang diadakan di daerah Tuaran. Dalam ucapannya beliau menyentuh kelemahan anggota RELA yang bakal ditugaskan dibawah ESSCOM.

Katanya, RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik”. Disusuli tepuk tawa orang ramai yang hadir pada masa itu. Hemmm

Klik link tiga link dibawah :-

https://jalinluin.com/2018/01/16/rela-tawau-buat-laporan-polis-terhadap-shafie/

https://jalinluin.com/2018/01/17/shafie-pemimpin-bodoh-kerana-tidak-tahu-kerja-dan-tanggungjawab-rela/

https://jalinluin.com/2018/01/17/siapa-yang-patut-dipersalahkan-rela-atau-shafie/

Kerana itu berpuluh laporan Polis telah dibuat oleh anggota RELA yang mewakili cawangan masing masing seperti dari Tawau, Kota Belud, Tuaran, Ranau dan beberapa lagi termasuklah Cawangan dari tanah Semenanjung agar Shafie Apdal disoal siasat.

Dimaklumkan, akhirnya Presiden Warisan telah disoal siasat selama tempoh dua jam.

Pun begitu Presiden Warisan enggan membuat permohonan maaf. Alasannya, kerana dia mempersoalkannya secara logik yakni penugasan anggota RELA di barisan hadapan, sedangkan mereka tidak ada kelengkapan selain kayu cota dan pada beliau kenyataannya itu bukannya penghinaan tapi teguran terhadap RELA. Hemmm

Hakikatnya apapun alasannya Presiden Warisan telah melakukan dua kesalahan pertama, ibarat peribahasa campak baju nampak kurap dan yang kedua buta maklumat yakni Shafie tidak tahu bidang tugas sebenar anggota RELA yang bakal ditugaskan kawasan ESSZONE tapi kenapa beliau menyalahkan agensi RELA. Adakah anggota RELA yang menghubunginya itu berstatus Pegawai Rela atau anggota biasa tapi Shafie mempercayainya bulat bulat lalu mempolitikkannya.

Anda mencampakkan baju di khalayak ramai. Mencampakkan baju adalah perbuatan yang tidak menyakiti orang lain. Tapi bila orang ramai ternampak kekurangan atau kurap di badan nah waktu itu anda telah melakukan kesalahan iaitu mengabaikan empunya diri hingga menjadi bualan dikalangan masyarakat dan dalam hal ini Shafie sebagai Public Figure telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat hingga menimbulkan fitnah.

Sebab itulah orang tua tua pernah berpesan, menegur jangan sampai menghina. Tapi apa yang dilakukan oleh Presiden Warisan itu bukan lagi menegur tapi telah mengaibkan orang lain. Kenapa tidak, ketika dia merendahkan kemampuan anggota RELA, orang ramai ketawa keasyikan.

Satu lagi, memandangkan Shafie tidak tahu tugas sebenar anggota RELA yang ditempatkan di kawasan ESSZONE. Jadi kenapa Presiden Warisan membuat teguran secara terbuka, bukankah itu namanya sengaja mencari kesalahan pemerintah untuk keuntungan politiknya.

Kesimpulannya semua alasan yang dikemukakan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal hingga enggan membuat permohonan maaf. Adalah alasan yang tidak sensitif, tidak menyakinkan.

Campak baju nampak kurap, jadi kenapa Shafie enggan membuat permohonan maaf?

One thought on “RELA|Campak Baju Nampak Kurap Tapi Kenapa Shafie Enggan Memohon Maaf?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: