Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak lagi releven untuk dijadikan Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya. Sebaliknya Dr Mahathir hanya layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri kanan.
Pendapat itu diluahkan oleh ketua wanita Pakatan Harapan Zuraidah Kamarudin.
Ia bukan disebabkan oleh faktor umur Dr M yang sudah menjangkau 90 tahun tapi kerana transformasi atau pemikiran Dr M yang sudah berlalu. Yang hanya kononnya dimahukan oleh Pakatan Harapan ialah perubahan di dalam negara.
Lebih jelas kalau Zuraidah cakap begini, Selepas kekejaman yang telah dilakukan oleh Dr M terhadap pihak pembangkang sewaktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka mati hidup semula pun kami tidak akan boleh menerima Dr Mahathir sebagai pemimpin apa lagi sebagai ketua.
Hakikatnya Dr M hanyalah kuda tunggangan PH, tidak lebih dari itu. Kerana PH menyedari selama ini dan sekuat mana pun mereka, pembangkang tidak akan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Ini terbukti setiap kali pilihan raya parti parti pembangkang hanya mampu menambah beberapa kerusi.
Berbeza jika Dr Mahathir berada di kem pembangkang yang diketahui pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu akan membawa sedikit kelainan.
Pun begitu jangan Dr Mahathir ingat kesatuan Pakatan Harapan tu lembik, mudah diatur, tidak reti berpolitik. Sebaliknya mereka lebih licik dari Dr M. Silap-silap suara atau pendapat Zuraidah itu sebenarnya pendapat rasmi yang telah disepakati oleh semua kompenan PH.
Nampak sudah kah sejauh mana Dr Mahathir diterima dalam kem pembangkang?
Selepas ini hanya ada satu jalan Dr Mahathir supaya suaranya didengar sekaligus diberikan peluang iaitu mengancam wakilnya di Sabah iaitu Warisan tidak akan bekerjasama dengan PH.
Nampak sudah kamu siapa Warisan di mata Dr Mahathir? Proxi ketat kan!
Dan sebenarnya bukan hanya kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang menolak Dr M sebagai Ketua mereka tapi juga dikalangan ahli PKR dan DAP yang ada di peringkat akar umbi dan pertengahan. Sebab itulah kita tidak pernah mendengar jentera dua parti ini menyokong sebarang kenyataan politik dari Dr Mahathir. Hanya jentera PPBM yang kita lihat syok sendiri dan berkeyakinan Dr M bakal duduk sebagai Perdana Menteri Malaysia 🤓
Jalin Luin, kamu ni baik orangnya, kenapa kamu sokong UMNO/BN….???
Susah sangatkah kehidupan keluarga kamu sampai kamu sanggup menggadai maruah, menyokong penyamnun negara….????
untuk sedikit dedak………….??????
LikeLike
Hahahahaha. Melayu Semenanjung yang menyokong Warisan aka Sabahan for Sabah nampak sangat tidak sedar diri.
LikeLike
Apalah salahnya, SABAH for SABAHAN, Serawak for the Serawkian
dan Semenanjung untuk RAKYAT MALAYSIA. Semua orang ada hak
untuk hidup dan mencari kehidupan yang baik.
Saya percaya, kalau geng Kleptokrasi dihapuskan, hidup kita
kan bertambah makmur.
Marilah muhasabah diri, Jalin Luin.
Fikir dalam-dalam, apa yang baik untuk negara.
InshaAllah kita akan hidup bahagian, aman dan tenteram.
Tidak perlu bertegang urat macam sekarang.
LikeLike