Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Peter Anthony direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia berkaitan pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.
Peter hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu
Seorang lagi individu terbabit yang dikenali sebagai Michael Persius turut dicari tapi sehingga hari ini belum lagi tampil bagi membantu siasatan.
Ini adalah kali yang kedua Naib Presiden Warisan, Peter Anthony mendapat perintah reman. Sebelum ini melibatkan dana 1.5 bilion yang dibelanjakan oleh Kementerian KKLW.
Direman semasa dalam siasatan SPRM adalah prosedur biasa yang luar biasa apabila individu yang disyaki menyeleweng dana rakyat cuba mempergunakan agama. Seolah perbuatan jahat mereka direstui dan perbuatan itu terkandung dalam kitab suci mereka. Inilah persepsi yang timbul bila agama cuba dijadikan benteng kepentingan diri dan dibuat secara terbuka. Sebelum ini masyarakat berpolemik bila kepimpinan Warisan cuba mempergunakan kepentingan bangsa atau kaum di negeri Sabah.
Apapun kita tunggu perkembangan siasatan, siapa tahu akan ada lagi yang dipanggil bagi membantu siasatan.
Si Peter tu bukan siapa siapa setakat kontraktor Ali Baba dan proxi kepada Presiden Warisan yang pada masa itu mengetuai Kementerian KKLW. Tinggal lagi pula kita tidak pasti diperingkat mana si Peter dan Si Michael itu terlibat hingga wang pendahuluan RM15 juta berjaya dilesapkan.
[…] Klik link ini Peter direman tiga hari […]
LikeLike