11 putera Arab Saudi ditangkap oleh Polis selepas mengadakan protes membantah keputusan kerajaan negara itu yang menyeru kerabat diraja agar membayar bil elektrik dan air yang sebelum ini ditanggung oleh kerajaan.
Walhal satu dunia sedia maklum, negara Arab Saudi adalah pengeluar minyak dunia.
Kamu nampak tak orang yang berdarah raja pun ditangkap apabila mereka melanggar undang-undang.
Masa ini kerajaan Arab Saudi sedang cuba melaksanakan dasar pembaharuan ekonomi dan beransur-ansur mengurangkan subsidi untuk mengurangkan penggunaan dana awam.
Bagaimana pula dengan sikap pemimpin dan jentera pembangkang yang asalnya mengutip botol dibawah kulung. Apabila mereka terpalit dengan tuduhan menyeleweng dana rakyat dan disiasat. Mereka menyalahkan agenai SPRM, Peguam Negara dan Kehakiman kan?
Pembangkang juga menyalahkan kerajaan apabila bila GST diperkenalkan dan subsidi dirasionalkan.
Seolah olah semua pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan tuduhan yang memalitkan pemimpin pembangkang, sebagai taktik yang disengajakan untuk melemahkan mereka. Alahai!
Realitinya hanya mereka yang sama spesis dengan puak pembangkang yang percaya bahawa pembangkang tidak melakukan kesalahan dan kerajaan pada hari ini berada di landasan yang salah dan hanya mereka yang tolol yang berpendapat, begini ekonomi Malaysia kerana BN yang sudah lama menjadi kerajaan.
Bagaimana dengan kerajaan Arab Saudi, sebuah negara yang kaya dan diperintah secara monarki sejak berabad yang lalu. Tapi sentiasa memperkenalkan pembaharuan dalam pemerintahan mereka, ok jak!
Makanya jangan terpedaya dengan propaganda pembangkang, mereka tu hanyalah pihak yang terdesak. Hakikatnya kerajaan yang baik dan berkesan tidak mengira berapa lama sudah mereka menjadi kerajaan tapi cara dan pendekatan yang sentiasa diperbaharui.
#BNforSabahan
kenapa arab saudi juga contoh?..bikin heran….
LikeLike