PKPB Sabah 11hb November 2020 Aktiviti Ekonomi DIBENARKAN

SOP PKPB Negeri SABAH Mulai 11hb November 2020.

Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan pematuhan
SOP yang telah ditetapkan.

• Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00
pagi hingga 10.00 malam.

• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai
serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Dine in dibenarkan di restoran termasuk restoran dalam premis hotel, kedai/ gerai makan, coffee shop dan medan selera dengan separuh daripada kapasiti saiz meja iaitu dua (2) orang bagi meja empat (4) orang, tiga (3) orang bagi meja enam (6) orang, empat (4) orang bagi meja lapan (8) orang dan seterusnya dengan penjarakan fizikal 1 meter dan pematuhan SOP Sektor Makanan.

• Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman.

Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan
pihak berkuasa.

• Operasi pasar borong adalah antara 12.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa.

• Operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani hanya boleh dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan dan kelulusan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19).

• Waktu operasi pengepaman di stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Operasi dobi DIBENARKAN bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Operasi lain-lain perniagaan yang DIBENARKAN bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


Dan beberapa lagi aktiviti dan protokol yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi. Boleh klik pautan seperti di bawah.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 11HB November 2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: