Bantuan Sabah Prihatin Covid 19 2.0 Bermula

PAPAR: Kerajaan Negeri Sabah sudah membuat pembayaran sejumlah RM13,813,800 kepada 46,046 penerima Bantuan Tunai One-off RM300, setakat 7 Februari 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM97,000,200 dengan 323,334 penerima di negeri ini. Pembayaran sudah bermula sejak 29 Januari lalu.

“Kerajaan Negeri Sabah memberi bantuan 2.0 ini atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP 2.0 akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya di sini hari ini.

Ketua Menteri melakukan lawatan kerja ke daerah Papar hari ini, dengan antara pengisian program adalah penyampaian Bantuan Tunai ‘One-Off’ dan Bakul Makanan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah kepada peneroka kecil ladang getah bertempat di Semaian Kabang, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Kampung Kabang, Papar.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sedia maklum bahawa pelaksanaan PKP 2.0, menyebabkan ramai rakyat yang terjejas termasuk tidak dapat meneruskan perniagaan kecil-kecilan selain hilang pekerjaan.

“Justeru, bagi yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sabah Prihatin 1.0 tetapi turut terjejas akibat pandemik ini, mereka boleh mengemukakan rayuan (untuk menerima bantuan),” katanya.

Bagi yang tidak tersenarai menerima bantuan tunai one-off, rayuan boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah masing-masing atau menerusi kementerian atau agensi yang menguruskan bantuan berkenaan.

Bagi pemberian bakul makanan, beliau berkata sebanyak 7,547 bakul makanan sudah diagihkan setakat 7 Februari 2021.

Katanya, pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan negeri ini adalah antara inisiatif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu berkaitan kesejahteraan rakyat.

“Ini bagi memastikan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, tetapi terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP dibantu oleh kerajaan,” katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

TAMAT

One Comment

  1. Ramai yg layak menerima Bantuan khas dri kerajaan negeri sabah..tp kelayakan penerima dibatalkan dgn alasan tidak munasabah,yg tidak harus menerima pula diterima.. dalam sidang media kerajaan salurkan Bantuan berjuta-juta..kegembiraan utk kroni dan si gemuk2 yg nak pecah perut sbb makan duit yg khas utk diberikan kepada rakyat sabah..

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.