Junz Buat Justifikasi Skema Lulus RM300J Pada AirAsia

Si Junz Wong cuba menutup kegagalan kerajaan Warisan mengenai pinjaman RM300 juta wang rakyat Sabah kepada Syarikat Air Asia dengan mencipta justifikasi yang skema.

Pinjaman itu dianggap salah atau gagal oleh rakyat Sabah kerana tidak ada keperluannya bagi kerajaan negeri Sabah meminjamkan wang sebanyak itu kepada syarikat bilionair, memandangkan masih banyak peniaga atau syarikat milik anak anak tempatan Sabah yang terjejas akibat pandemic Covid-19 yang memerlukan bantuan kewangan.

Menangis saja tidak geng. Nasib baiklah kerajaan negeri cepat bertukar tangan. Alhamdulillah!

Meminjamkan wang sebanyak itu kepada pihak atau syarikat luar amat bertentangan dengan slogan yang diperjuangkan oleh Parti Warisan sebelum ini iaitu Sabah for Sabahan. Maksudnya segala kekayaan yang dimiliki oleh negeri ini akan diagih-agihkan pada orang orang Sabah. Tapi ternyata retorik dan habuk saja sebaliknya Tony Fernandes pula yang diberikan peluang keemasan. Alahai!

Syarikat AirAsia itu bukannya milik orang Sabah pun. Bagi pinjam dalam jumlah 30 juta atau 20 juta itu okeylah, janganlah sampai ratusan juta, ini tidak betul. Semacam ada udang di sebalik mee goreng.

Justeru itu si Junz Wong cuba menjustifikasikan kegagalan mereka bahawa pinjaman itu amat perlu supaya hasil tanaman yang dihasilkan di Sabah dapat dieksport ke luar negara melalui penerbangan kargo yang dibuat oleh syarikat AirAsia kelak dan banyak lagilah justifikasi skema yang dia cuba tegakkan.

Sama seperti bantuan Covid 19 Sabah era kerajaan Warisan yang gagal diserahkan kepada rakyat, akibat kelemahan atau berlakunya salah guna kuasa yang dilakukan mereka. Ini juga cuba dijustifikasikan dengan alasan yang sebenarnya hanya menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Warisan pada waktu itu. Akibatnya Warisan tumbang di pilihan raya negeri baru baru ini. Untuk nota pada pilihan raya umum yang lepas juga Warisan menerima nasib yang sama, kalah tersungkur kepada parti pemerintah pada waktu itu. Pokoknya parti Warisan tidak pernah diterima oleh majoriti rakyat Sabah.

Logiknya untuk menyediakan perkhidmatan kargo ia adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat AirAsia. Kenapa pula kerajaan negeri Warisan yang sibuk hingga sanggup memberi pinjaman sebanyak itu?

Kan lebih baik andai RM300 juta itu digunakan untuk membantu petani dan peniaga di negeri ini supaya lebih produktif, dalam masa yang sama dana itu digunakan untuk menyediakan prasarana lengkap di peringkat daerah dan negeri sebelum berhajat untuk mengimportnya ke luar negara.

Bagi keselesaan dan keselamatan pada petani, nelayan dan peniaga sebelum berhasrat bersaing di peringkat global.

Selama ini beratus ribu juta tan minyak kelapa sawit yang dihasilkan oleh ladang ladang sawit di negeri Sabah. Tapi tidak pun kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan syarikat luar dengan meminjamkan beratus juta wang rakyat supaya syarikat luar dapat menawarkan perkhidmatan balik kepada kerajaan Sabah.

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengarahkan satu firma Auditing agar menyiasat pinjaman yang diluluskan oleh kerajaan negeri Warisan melalui Sabah Development Sdn Bhd (SDB) kepada syarikat AirAsia sebanyak RM300 juta.

Banyaklah mangkuk Warisan pada ketika itu suka-suka mereka jak menggunakan wang rakyat Sabah.

https://jalinluin.com/2020/10/28/ketua-menteri-hajiji-arah-sdb-disiasat/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: