KM Hajiji Desak Siasatan Ke Atas Presiden Parti Tempatan Terlibat Jual Kad Identiti Palsu

Berhubung dakwaan Menteri KDN bahwa seorang Presiden parti di negeri Sabah telah ditangkap setelah terlibat dalam sindiket menjual kad identiti palsu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI). Oleh itu Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah mendesak agar siasatan segera diadakan ke atas individu yang terbabit tanpa kompromi. "Jika didapati benar, suspek dan ahli sindiketnya... Continue Reading →

Tidak Menerima Wang Sogokan Dari UKSB Itu Tuduhan Fitnah – Muhyiddin

KENYATAAN MEDIA 1. Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang terlibat dalam kes sogokan Datoโ€™ Seri Ahmad Zahid Hamidi.2. Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara bulan Jun dan Ogos 2018. Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan.... Continue Reading →

Hadi Nampak Zahid Bawa Fail Jumpa Muhyiddin Minta Kes Ditarik Balik

Presiden PAS Haji Hadi Awang  "bersumpah" bahawa dia nampak Zahid Hamidi membawa fail  perbicaraannya menghadap Muhyiddin Yassin yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu agar kesnya atau perbicaraan rasuahnya di Mahkamah ditarik balik. Polemik Zahid Hamidi, fail dan Muhyiddin Yassin bermula sewaktu Muhyiddin Yassin berucap dalam satu kempen pilihan raya. Bagi menunjukkan kerajaannya atau kerajaan... Continue Reading →

Sabah Tuntut Cukai Produk Petroleum Dari Kluster Petronas, Repsol dan SEAH

Semalam berita pasal penggunaan undang-undang bagi menyemak perjanjian Malaysia 1963 sekaligus merujuk kepada tuntutan royalti minyak 40%. Pada hari yang sama juga kerajaan negeri Sabah melalui Masidi Manjun menegaskan bahawa kerajaan GRS Sabah komited untuk menuntut cukai produk petroleum daripada syarikat dalam Petronas. Untuk makluman kerajaan negeri Sabah telah mengutip sejumlah RM1.56 bilion cukai jualan... Continue Reading →

Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee posisi Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional. Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada parti dalam Gabungan Rakyat Sabah, GRS... Continue Reading →

Yusof Sertai UMNO, Berita Baik Untuk Bersatu

Adun Sindumin, Yusof akan menyertai UMNO. Pemakluman secara rasmi akan diumumkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dalam tempoh yang terdekat. Yusof memenangi Adun Sindumin atas tiket parti Warisan dan memenanginya sebanyak dua kali, pertama dalam pilihan raya umum 2018 dengan majoriti 760 undi dan kedua pada pilihan raya negeri Sabah 2020 mendapat hanya 424... Continue Reading →

Orang Kuat UPKO Tuaran Keluar Dan Menyertai Bersatu

Berita yang menggembirakan Bersatu Sabah atau GRS BN sebaliknya akan menambah derita UPKO yang cuba bangkit selepas ditolak oleh majoriti pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Mengikut sumber di page Ketua Menteri Sabah Hajiji Haji Noor bahawa kelmarin di kediaman beliau di kampung Serusup, Tuaran beberapa pemimpin dan ahli UPKO yang pernah memegang jawatan... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑