
Lain macam kenyataan Tajuddin tu kalau sebelum ini semacam lantang menghalalkan perbuatan memperalatkan UMNO untuk menyelamatkan diri dari tuduhan salahgunakuasa tetapi kali ini agak berbeza.
Kenyataan pada waktu itu merujuk pada pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah kerana salahgunakuasa.
Kali ini agak berbeza ada yang mencadangkan agar Presiden UMNO Zahid meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi mendapat sokongan daripada ahli-ahli majlis atau ahli UMNO itu sendiri.
Semalam kecoh pasal berita, UMNO tidak lagi bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional. Walaubagaimana pun ia dinafikan oleh Penerangan UMNO sebagai tidak benar kerana kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya.
UMNO Tarik Balik Hasrat Tidak Berkerjasama Dengan PPBM
Pun begitu ada juga yang mendakwa sebenarnya, memang UMNO tidak lagi ingin bekerjasama dengan PPBM tinggal lagi kehendak itu hanya datang dari pendapat peribadi Presiden UMNO Zahid Hamidi yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang mana ingin kekal dalam Perikatan Nasional seperti mana PPBM dan UMNO di Sabah.
Tajuddin juga mendakwa Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sudah keterlaluan dalam memperalatkan parti untuk kepentingan dirinya. Sepatutnya kalau menurut Tajuddin, Zahid Hamidi memberanikan diri untuk berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Sekaligus Tajuddin mempersoalkan siapa UMNO dibawah kepimpinan Zahid adakah untuk kelangsungan UMNO atau untuk kepentingan yang lain.
Sebenarnya kan masalah yang dihadapi oleh UMNO tidak hanya datang dari Zahid Hamidi seorang. Ramai lagi yang menyumbang kamu pun tahu. Puad Zarkashi dan beberapa jentera UMNO tidak terkecuali yang cakap meroyan tidak tentu pasal. Tujuan mereka untuk menyakitkan hati lawan tetapi tanpa mereka sedari rakyat sedang memerhatikan mereka. Rupanya masih menghidap penyakit angkuh dan tidak boleh ditegur.
UMNO tu belum pulih dari persepsi jelek rakyat. Di Semenanjung tu masih ramai rakyat yang anti pada kekayaan pemimpin pemimpin UMNO. Lihat saja bila tersebar berita seorang Exco UMNO membeli motosikal antara paling mahal di dunia. Mau robek dinding Facebook tu mereka kerjakan.
Dari perkembangan ini maka terjawablah, mustahil UMNO meninggalkan PPBM. Betul tak apa yang admin kata dua hari lepas.
Jadi itu bermakna tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Hah pergi potong jari kamu orang. Hahaha!
Ada dua nama Tajuddin dalam UMNO tu satu atitude kutub selatan satu lagi utara. Tapi tak apalah Tajuddin yang ini adalah Ketua Bahagian UMNO Paya Besar. Kedua duanya agak spoken.