Raja Petra mendedahkan Zahid Hamidi menerima 60 juta ringgit dari projek LCS yang dijalankan oleh Bousted. Wang diserahkan oleh dua syarikat pengurup wang masing masing beroperasi di Malaysia dan Singapura melibatkan lapan transaksi, sekitar tahun 2012 hingga 2013.
Ketika itu Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Projek LCS bernilai 11 bilion dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) adalah kontraktor pelaksana.
Dikatakan era Perdana Menteri Ismail Sabri. Peguam Negara ada membuat surat permohonan untuk mengheret Zahid Hamidi ke muka pengadilan tapi tidak diberikan diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri atau Ismail Sabri.
Skandal LCS di dedahkan oleh beberapa pemimpin PH selaku pembangkang ketika itu dan Najib Razak adalah Perdana Menteri
Rentetan itu Suruhanjaya (PCS) menyiasat perkembangan projek LCS. Hasil tinjauan di tapak pembinaan di dapati amat mengecewakan mereka.
Beberapa gambar telah diambil, menunjukkan kemajuan projek LCS amat mengecewakan. Sedangkan kerajaan telah membayar sehingga 60 juta ringgit wang sebagai bayaran kemajuan.






















Leave a Reply