Shafie Gagal Tunjuk Bukti Kejayaan Warisan Setelah Dicabar Oleh KM Hajiji

Oh Tuhan kenapa lah rakyat Sabah ada parti pembangkang seperti Warisan yang tidak berkualiti. Bukan hanya tidak berkualiti tapi menganggu usaha kerajaan GRS memajukan negeri ini.

Dimana kritikan mereka bukan untuk kebaikan bersama tapi bertujuan mengelirukan rakyat Sabah dengan membuat tuduhan yang mengada adakan kekurangan kerajaan GRS.

Macam rakyat Sabah tidak tahu Shafie selaku Presiden Warisan adalah pemimpin yang tidak amanah sekaligus gagal, menjadi Menteri KKLW mahupun sebagai Ketua Menteri Sabah.

Justeru itu bayangkan bagaimana orang yang lemah dan gagal cuba bangkit dalam politik. Pasti sanggup melakukan apa saja termasuklah membesar besarkan perkara remeh yang mereka buat.

Sedangkan perkara remeh itu tidak termasuk dalam manifesto yang diharapkan oleh rakyat. Sebaliknya perkara yang menjadi manifesto parti Warisan gagal ditunaikan.

Semasa Shafie menerajui Kementerian KKLW. Berbilion wang rakyat sepatutnya digunakan untuk membina dan membaiki prasarana di negeri ini, tidak berlaku atau tidak dikecapi oleh rakyat Sabah.

Mana mungkin dikecapi oleh rakyat Sabah kalau dalam masa sama dicuri.

Ambil contoh, projek rumah PPRT sengaja diberikan kepada kroni Shafie selaku Menteri KKLW. Lepas itu, apa berlaku pada rumah PPRT berkenaan? bukan orang yang tinggal tapi menjadi kandang kambing dan seumpamanya.

Satu ketika viral satu berita dimana seorang lelaki daripada Kunak mengugut mengirim air kencingnya kepada Perdana Menteri Najib Razak, lantaran kekecewaan mereka pada Shafie selaku Menteri KKLW, yang bertanggungjawab menyediakan prasarana diluar bandar seperti memasang rangkaian paip dan loji tapi tidak berlaku, walhal projek baru saja disiapkan.

Namun bila Shafie tidak lagi bersama UMNO. Pemimpin Warisan, si Aziz Jamman membuat dakwaan songsang dan tidak malu. Kononnya UMNO adalah perompak kekayaan Sabah menyebabkan rakyat hidup miskin atau ketinggalan.

Habis itu ke mana peruntukkan KKLW dibelanjakan, sampai kamu dipakaikan baju SPRM?

Pemimpin PKR juga pernah mendakwa Shafie Apdal, sebagai pemimpin yang merugikan rakyat Sabah. Tapi sehingga hari ini baik Shafie dan orang orangnya tidak berani membuat laporan Polis sekaligus mengheret pemimpin PKR berkenaan kemuka pengadilan.

Saya ingin membalas penafian Shafie Apdal berkaitan kenyataan tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Bahwa Shafie atau kerajaan Warisan tidak buat apa apa atau membawa kemajuan kepada negeri Sabah, walaupun berkesempatan memerintah dua tahun setengah.

Shafie dalam sidang media, menekankan tiga perkara yang dia anggap kejayaan kerajaan Warisan.

Itupun satu kejayaan? amat lucu ini yang dikatakan asal berbunyi, nanti pandailah badut Warisan mengarang cerita dengan harapan semoga ada yang terpedaya.

Mari………..

Pertama Shafie mendakwa, bantuan makanan dan pakaian semasa Covid 19 adalah kejayaan kerajaan Warisan. Ini pun dikira satu kejayaan, kerja ketua kampung bha ni. Hahaha!

Mari kita nilai benar ke peruntukan beratus juta untuk menyediakan bakul makanan sampai ke mulut rakyat Sabah.

Ternyata bantuan bakul makanan era Warisan, bermasalah atau tidak sampai dan dicemari skandal penyelewengan. Dimana berlaku perbezaan nilai peruntukan yang diumumkan oleh negeri dan daerah. Klik link dibawah.

Pusat Agihan Bantuan Makanan Keningau Dipantau SPRM

Begitu juga dengan bantuan tunai yang diumumkan semasa kerajaan Warisan. Bukan hanya tidak diterima oleh rakyat malah ada penyelewengan dana. Hal ini pernah dinyatakan oleh Bung Mokhtar.

Bantuan Sabah One-off RM300 Ada Unsur Penyelewengan

Tambah Shafie, kerajaan Warisan berjaya membina dua kilang kelapa sawit. Ini pun satu kejayaan ke? Ini tauke Cina jual sayur boleh buat tidak perlu pun jadi kerajaan negeri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, kilang yang dimaksudkan bukannya kilang memproses minyak masak tapi lebih sesuai dipanggil kilang membungkus minyak masak yang dibuat oleh Benta Wawasan Sdn Bhd, iaitu syarikat milik kerajaan negeri yang wujud sebelum kerajaan Warisan. Kilang minyak ini tidak mencatatkan keuntungan. Oleh itu satu daripada kilang telah dihentikan operasinya.

Jadi apa kok yang dibanggakan, kalau dari A hingga Z orang lain yang buat dan kerajaan Warisan hanya cuba menumpang nama tapi tidak kesampaian.

Kerajaan Warisan berjaya menuntut cukai Petroleum 5 %. Cukai ini di klaim oleh Shafie Apdal sebagai satu lagi kejayaan kerajaan Warisan. Lucu!

Hakikatnya idea menuntut cukai Petroleum 5% datang dari kerajaan Sarawak namun begitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing waktu itu mendakwa  Shafie Apdal takut mengemukakan tuntutan.

Shafie/Warisan Tidak Buat Apa Untuk Dapat Cukai Jualan 5% – ADUN STAR

Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?

Sebaliknya kerajaan GRS yang mengemukakan tuntutan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Muhyiddin ketika itu.

Sabah Mulai Terima Bayaran 5% Cukai Produk Petroleum – KM Hajiji

Kerajaan Warisan adalah pihak yang bertanggungjawab menangguhkan projek Pan Borneo selama dua tahun lebih dari kerajaan Musa Aman. Flyover Sepanggar termasuk dalam pakej Pan Borneo turut ditangguhkan. Untung kerajaan GRS yang menyiapkannya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading