SPRM Sabah sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dakwaan berhubung adanya penyelewengan bantuan makanan di negeri Sabah.
Mereka juga telah berjanji akan menggerakkan task forces ke kawasan-kawasan yang menyalurkan bantuan makanan, pakej bantuan Covid 19.
Ternyata hari ini task force SPRM cawangan Keningau bersama pembekal bahan makanan telah membuat pemeriksaan dan memantau agihan bantuan makanan di daerah Keningau.

Pun begitu masyarakat Sabah terus mendesak SPRM agar tidak hanya memantau di pusat-pusat agihan makanan tetapi juga terus kepada pejabat wakil wakil rakyat Warisan yang terbabit. Memandangkan pihak yang awal menimbulkan kontroversi ini adalah pegawai kerajaan negeri selepas itu disambut oleh wakil rakyat daripada Parti Warisan akibat bercanggah pendapat berhubung peruntukan yang disalurkan. Pada pendapat wakil rakyat parti Warisan kerajaan negeri telah melakukan kesalahan bila mana kos dan jenis bahan yang ditetapkan sebagai bantuan tidak selari dengan dana yang mereka ada atau terima. Walhal berdasarkan gambar bahan makanan yang telahpun viral sejak semalam jelas jumlah harga makanan yang dibekalkan tidak pun sampai 100 ringgit tapi kenapa didakwa tidak selari dengan peruntukan.
Entah lah admin pun ikut pening melayan karenah golongan yang kalut ni.
Pokoknya siasatan yang lebih lanjut dan terperinci harus dikenakan terhadap beberapa wakil wakil rakyat parti Warisan tidak terkecuali keatas pegawai pegawai yang bertanggungjawab yang ada di pejabat kerajaan negeri. Sebab benar falsafah orang tua tua kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.